01 May 2010

"Final exam" dan nikmat yang diabaikan



Exam final sudah dekat !!  Exam dah dekat !!

Untuk kali pertamanya saya akan menempuh peperiksaan akhir tahun buat kali pertama setelah bergelar seorang pelajar perubatan.

Peperiksaan ini bakal menetukan sama ada saya layak atau tidak untuk menerima biasiswa JPA untuk tahun kedua dan seterusnya. Untuk tahun pertama ini semua perbelanjaan ditanggung ummi dan abi juga ditambah sedikit duit zakat. Agak berat juga sebenarnya bagi ummi dan abi untuk menanggung perbelanjaan saya di sini memandangkan adik-adik saya  juga memerlukan kos yang tinggi kerana bersekolah di sekolah swasta. Ini semua ummi dan abi lakukan semata-mata untuk memastikan kami adik-beradik mendapat didikan agama dan tarbiyah yang terbaik sebagai persediaan untuk