21 June 2013

Meninggalkan solat subuh di Masjid : Ketaatan yang dilalaikan (2)


2) Meninggalkan solat subuh di Masjid

Salah satu dari gambaran melalaikan ketaatan paling bahaya adalah meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid. Ia adalah gambaran yang paling tidak layak untuk seorang akhi da`eiyah .

Sememangnya terkadang kita terlepas solat subuh di masjid atas sebab-sebab di luar kawalan kita , namun ia tidak sesekali menjadi kebiasaan seorang daei. Sama sekali tidak.

Nabi SAW bersabda :

من صلى الصبح في جماعة فهو في ذمة الله، فمن أخفر ذمة الله كبه الله في النار لوجهه
Barangsiapa yang mengerjakan shalat fajar dengan berjama’ah berada dalam perlindungan Allah dan barangsiapa yang mengganggu orang yang berada dalam perlindungan Allah maka Allah akan melemparkannya kedlam neraka !      (Tabrani dan Ibnu Majah ) (3)
Betapa malangnya bagi sesiapa yang meninggalkan solat subuh berjemaah. Menjadi kerisauan pada hari-harinya yang berlalu, pada gerak kerja dakwahnya, pada amal-amal yang dikerjakannya kerana sesungguhnya dia telah kehilangan perlindungan dan taufiq ilahi !!

Wahai akhi da`eiyah :

Apakah alasan yang menghalangmu dari solat subuh berjemaah ?

Tiada kerja dakwah yang lebih penting pada waktu malam melainkan tidur awal untuk solat subuh berjemaah di masjid, tinggalkan semua kerjamu itu kerana solat subuh berjemaah di masjid itu lebih penting !



_______________________________________________________________________________

(3) رواية الطبراني وابن ماجه كما في صحيح الترغيب والترهيب للألباني تفيد التقييد بصلاة الصبح في جماعة

Meninggalkan solat di masjid : Ketaatan yang dilalaikan (1)




Sesungguhnya "ghayah" kita yang sebenar adalah menggarap redha Allah S.W.T. Ini bermaksud kita segera menunaikan setiap perintah Allah dari yang fardhu (فرائض) mahupun perkara sunat (نوافل) .
Rasulullah S.A.W bersabda dalam satu hadis qudsi :

مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ
"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)
Dan  Allah Azza Wa Jalla meminta hambanya menunaikan ibadah fardhu dan menyukai hambaNya memperbanyak amalan sunat. Dengan amalan itu kita akan termasuk dalam satu zon kasih sayang, perlindungan dan pertahanan dari Allah SAW.

لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِندَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُون
Bagi merekalah syurga Darus-Salaam (tempat tinggal Yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan 
Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) Yang mereka telah kerjakan.
(Al- an`am : 127)
 Sebaliknya, ketika kita tidak menunaikan perkara fardhu (فرائض) dalam bentuk yang diredhai Allah, dan juga kita meninggalkan perkara sunat  (نوافل) , dengan itu kita telah keluar dari zon kebersamaan, kecukupan,  dan pemeliharaan Allah Azza Wa Jal. Kita akan terdedah kepada penghinaan dan pengkhianatan manusia.

Gambaran ketaatan yang dilalaikan

Antara gambaran meninggalkan ketaatan dan melakukan ketaatan bukan seperti yang dikehendaki oleh Allah.

1) Meninggalkan masjid dan solat di awal waktu

Masjid adalah rumah kita sebenarnya . . dengan ini kita mesti merasai masjid milik kita, dan setiap kali kita menjauhkan diri dari masjid kita sebenarnya menjauhkan diri kita dari jutaan kerahmatan yang sangat kita dambakan.


Kata Nabi SAW :

اَلْمَسْجِدُ بَيْتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَنْ كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرُّوْحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى الصِّرَاطِ اِلَى رِضْوَانِ اللهِ اِلَى الْجَنَّةِ
Masjid itu adalah rumah setiap orang yang bertaqwa, Allah memberi jaminan kepada orang yang menganggap masjid sebagai rumahnya, bahwa ia akan diberi ketenangan dan rahmat serta kemampuan untuk melintasi shiratal mustaqim menuju keridhaan Allah, yakni syurga. (1)
 (HR. Thabrani dan Bazzar dari Abud Darda ra)
 Dengan itu saya berpesan pada diri saya dan pada semua pembaca, akhi yang dikasihi kerana Allah

Jangan sesekali dan jangan sesekali ketika telinga mendengar azan, dan kamu solat di rumah sedangkan kudrat membolehkan kamu ke masjid !!

Jangan sesekali kamu merasakan di sana ada kerja yang lebih penting dari solat ketika tiba waktunya . . Berkata Saidatina Aisyah :

حديث عائشة كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يحدثنا ونحدثه فإذا حضرت الصلاة فكأنه لم يعرفنا ولم نعرفه 

Dari Aisyah berkata:
Rasulullah saw sedang berbincang-bincang dengan kita maka ketika tiba waktu shalat seakan-akan beliau saw tidak mengenal kita dan kita tidak mengenalnya (2)
Wahai akhi da`eiyah , bukankah kamu mendambakan redha Allah ?! Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya apa yang Dia redha adalah menunaikan solat pada awal waktu di masjid :


رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ 
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. ( An- Nur : 37 )


_______________________________________________________________________________
  
(1) Riwayat At-Thabrani dalam الكبير و الأوسط  , dan Al-Bazzar, dan disahihkan oleh ِal-Albani dalam صحيح الترغيب و الترهيب
(2) أخرجه الأزدي في الضعفاء من حديث سويد بن غفلة

Masterkey Hubungan Manusiawi


Setiap urusan harian kita semuanya dalam genggaman Allah. Setiap kata-kata yang kita ucapkan, setiap perbuatan kita seharian semuanya akan dikembalikan pada Allah azzawajal.

"Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembaikan"  (Hud : 123)

Dalam pergaulan kita sesama insan, kita tidak behubung terus dengan sesiapa pun melainkan antara kita dan mereka diatur Allah. Pergaulan antara kita dan sahabat kita, antara suami dan isteri, antara si ibu dan anaknya, perantara urusannya adalah Allah. Setiap kata-kata dan tindakan kita kepada insan lain tergantung urusannya pada Allah. Dia berkuasa menyusahkan dan memudahkan semua urusan sesama insan.


Sabda Nabi :


إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ الْعَبْدَ نَادَى جِبْرِيلَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلاَنًا فَأَحْبِبْهُ . فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ ، فَيُنَادِى جِبْرِيلُ فِى أَهْلِ السَّمَاءِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلاَنًا فَأَحِبُّوهُ . فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِى الأَرْضِ
Artinya:
“Jika Alloh mencintai seorang hamba maka Dia menyeru Jibril, sesungguhnya Alloh mencintai fulan maka cintailah dia, Jibril pun mencintainya, kemudian Jibril menyeru penghuni langit, sesungguhnya Alloh mencintai fulan maka cintailah dia, penduduk langit pun mencintainya, kemudian diberikan padanya penerimaan di bumi”.
HR. Al Bukhori

Ada suatu ketika kita rasa resah gelisah ketika berjumpa manusia. Atau hati rasa gundah memikirkan pandangan manusia kepada kita. Kita rasa seolah-olah kurang senang bila bersembang dan bergaul dengan manusia. Kita perlu semak kembali hubungan dengan Allah. Itulah `materkey` menjaga hubungan sesama manusia.

When Allah is your protector, who is your enemy ? 

Kelalaian Jiwa



Setelah beberapa hari penuh dengan mesyuarat, hari ini aku mengambil peluang untuk bertadabbur dengan Al-Quran melalui Tafsir Fizilalil Quran yang ditulis oleh As-Syahid Syed Quthb. Kitab tafsir inilah yang paling banyak membekas pada hati ini.

Surah Al-Anbiya
Syed Quthb membahagikan penafsiran surah ini kepada empat episod. Dalam episod yang pertama adalah seputar "Sentuhan Hati dalam berdakwah"

Dalam setiap hari kita yang berlalu, kita sentiasa sibuk dengan kerja seharian.  Kesibukan tidak mengenal usia. Setelah lebih kurang 10 bulan bernikah, saya semakin faham bagaimana besarnya cabaran seorang ayah dan ibu yang bekerja , mempunyai anak-anak untuk dibesarkan dan aktif dalam aktiviti dakwah dan tarbiah.

Saya bimbang kesibukan harian dan kelalaian menutup pintu dari menerima petunjuk yang dibawa oleh Al-Quran sedangkan itulah tujuan penurunan Al-Quran. Tiada masa. Kesibukan itu sepatutnya tidak sesekali membuat kita lalai dari menerima petunjuk dari Al-Quran. Apapun alasannya, hatta sekalipun kononnya sibuk dengan dakwah dan tarbiah. 

Baca Quran tidak boleh disamakan dengan memahami isinya. Baca dan faham itu proses yang berbeza. Memahami terjemahan dan memahami mesejnya dua juga peringkat yang berbeza. Memahami perlu pada hati. Bagaimana pula hati yang lalai?

Permulaan Al-Anbiya memberi pukulan yang hebat pada kelalaian.  Jiwa lalai yang disebut sebagai
لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ

Hati merupakan tempat berfikir. Gambaran kelalaian hati merupakan gambaran tentang jiwa kosong yang tidak bersungguh-sungguh. Sehingga masih boleh bermain-main saat yang paling penting. Peringatan dari Allah disambut dengan main-main tanpa penghormatan dan penyucian. Jiwa yang kosong dari kesungguhan akan tersesat dalam senda gurau yang kering dan hambar. Jiwa itu tidak pernah bersedia untuk menanggung beban dan menunaikan kewajipan.  Jiwa itu hanya bersenang-senang, bersantai dengan kerja-kerja yang hina tidak berfaedah.

Sesungguhnya jiwa yang tunduk pada hawa nafsu adalah jiwa yang sakit. Jiwa itu tak akan mampu untuk menanggung beban tanggungjawab, tidak memiliki kesedaran dan meremehkan segala hal. Sedangkan jiwa yang bertanggungjawab adalah jiwa yang kuat, sungguh-sungguh dan jiwa yang sentiasa sedar ! Syed Quthb 

Kisah Amir bin Rabi`ah

Datang seorang Arab ke rumah Amir bin Rabi`ah dan dia memuliakannya. Kemudian dia datang lagi setelah mendapat tanah dan berkata

"Sesungguhnya aku telah mendapat satu lembah tanah Arab dari Rasulullah dan aku ingin berikan  sebahagian darinya untukmu dan keluargamu sesudah sepeninggalanmu".

Amir menjawab " aku tidak perlu tanahmu kerana hari ini turun surah dari Al-Quran yang membuat kami melupakan segala urusan dunia (ayat 1 Surah Anbiya)

Inilah perbezaan antara hati yang hidup dan mati, hati yang lalai keras dan hati yang responsif pada peringatan Allah. Hati mati memakai pakaian nafsu dan mengkafankan mayatnya dengan main-main, dan tidak sedikitpun terkesan dengan peringatan kerana ia tidak memiliki benih kehidupan ! Syed Quthb 


Membaca Al-Quran setiap hari mungkin mudah tetapi menerima mesej dari Al-Quran setiap hari bukan sesuatu yang mudah. Jadual tadabbur harian kadang-kadang mudah dilalaikan dengan rutin hidup seharian. Ya Allah jauhkan hati ini dari golongan  لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ !!

09 June 2013

Konspirasi Vaksin



Jika saya bukan dari jurusan perubatan dan tidak belajar mengenai vaksinasi pasti mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang tersebar di internet mengenai vaksinasi. Saya tidak menyokong dan tidak menentang penggunaan vaksinasi, cuma ada beberapa perkara yang perlu untuk sama-sama kita cakna.

1. Madu, habbatus sauda, dan lain-lain supplemen boleh menguatkan imunisasi badan tetapi tidak menghasilkan immune yang spesifik kepada penyakit tertentu. Mengambil vaksin tidak bermaksud anda tidak percaya pada Nabi dan begitu sebaliknya.

2. Tahukah anda semenjak zaman berzaman, penggunaan ubat telah menyebabkan bakteria, virus dan penyakit berevolusi menjadi lebih "resistant" dan lebih berbahaya. Kita sekarang hidup di zaman ini.

3. Betul, setiap ubat dan vaksin dihasilkan dengan kajian berpuluh-puluh tahun malah mungkin ratusan masih ada side effect masing-masing. Ia dibuat bukan bertujuan untuk mencacatkan anak anda, dan kita tidak boleh hukum rambang setiap side effect.

4. Setiap penyakit berbeza, jauh berbeza. Ibu bapa perlu rujuk pada Dr pakar untuk mengetahui side effect setiap vaksin, apa risiko jika tidak ambil. Setiap vaksin ada side effect dan risiko yang spesifik.

5. Vaksin haram ? Setiap ubat dan vaksin sangat meluas sumber dan bahan kandungannya, tidak boleh pukul rata halal dan haram sesuatu vaksin. Apa nama vaksin tersebut? Adakah di Malaysia juga menggunakan vaksin yang sama? Adakah alternatif untuk vaksin tersebut ?

6. Mostly Dr pakar sibuk dan tiada masa yang cukup untuk membuat kempen kesedaran tentang vaksin dengan maklumat yang lengkap jika dibandingkan dengan kempen anti-vaksin yang kebanyakannya meluas dengan sangkaan tanpa maklumat yang spesifik. Jadi sila rujuk pakar.

7. Gaya hidup, pemakanan, persekitaran banyak mempengaruhi sebab musabab dan risiko sesuatu penyakit. Tidak boleh pukul rata :

"anak dia tak ambil vaksin pun boleh hidup sampai sekarang"
"tengok anak dia ambil vaksin, kan dah kena dyslexia"

Adakah dyslexia itu disebabkan oleh vaksin atau congenital (sejak lahir) tetapi hanya disedari apabila anaknya bersekolah.

8. Sila baca, kaji dan rujuk pada Dr pakar. Jika kita tidak mampu untuk memahami semua, sila dapatkan nasihat doktor.

Doktor pakar "know everything about something not everything about everything"

9. Amalan gaya pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, dan menjaga kebersihan adalah imunsasi paling berkesan. Namun tidak bermakna anda tidak perlukan vaksin dan tidak juga vaksin memadam semua keperluan itu.

10. Vaksin dibuat untuk penyakit berjangkit demi kemaslahatan komuniti bukan hanya untuk anak kita sahaja. Sayangkan anak perlu diimbangi dengan maslahat orang awam dan perlu didasari pengetahuan yang cukup. Bukan semudah memilih madu habbatus sauda atau vaksin. Juga perlu faham antara sayangkan anak sekarang atau 20 tahun akan datang.

Jika bergelar seorang doktor dan mempunyai anak comel yang disayangi saya juga perlu melalui proses pembelajaran yang sama seperti anda demi masa depan anak saya.

11. Saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran dan maklumat yang tepat untuk sama memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan vaksinansi. Sebarang cemuhan atau perlian dari doktor, juga eksperesi emosi sayangkan anak masing-masing tidak memberi pengetahuan tambahan pada masyarakat.

10. Saya tengah study exam final tahun 4 perubatan dan bukan Doktor, jauh sekali pakar. 

" kita bernafas dengan udara yang sama, hidup di bumi yang sama tetapi kita idamkan kesihatan yang sama "

Hanzalah Mizi

11 June 2011

Mengeluh

Pagi itu sungguh tenang. Angin bertiup lembut,cuaca di Kaherah sudah semakin panas.

Seusai jemaah subuh di masjid aku berjalan ke kedai berhampiran untuk mencari apa-apa hidangan yg sesuai untuk sarapan. Namun, dalam hening pagi itu, entah kenapa fikiran ini sangat kusut. Memikirkan masalah-masalah "dalaman" yang tak jemu-jemu menghantui fikiran ini. Masalah yang sangat berat dan melemahkan. Sudah sekian lama jiwa ini meronta-ronta mencari solusi. Mencari bibit-bibit ketenangan cuba memendam rasa gusar dan pudar di hati.

Kadang-kadang terfikir,
"Ya Allah, beratnya ujian yang satu ini , apalah salahku sehingga begini aku diuji ? "

Lemahnya rasa diri ini. Sendiri memendam "futur", mencari rentak. Rentak hidup seorang muslim sepatutnya tenang dan lancar dalam sekian urusan hariannya. Tapi ada saatnya rentak itu hilang.

Perjalanan mengharungi gelap pagi diteruskan dengan langkah yang berat dan perlahan. Tiba-tiba ternampak seorang pak cik tua yang sedang tidur di tepi jalan. Jalan yang dikelilingi sampah sarap dan penuh berhabuk. Pak cik tua tu hanya tidur berbalutkan sekeping selimut lusuh yang sudah gelap warnanya dengan kotoran. Mungkin sudah bertahun-tahun tidak dibasuh. Dua kakinya terjuntai keluar, tak cukup untuk masuk dalam selimut. Lalat-lalat berterbangan di sekitar, sekali sekali hinggap atas selimut lusuh itu.

Namun, pak cik itu masih dapat tidur dengan nyenyak. Nyenyaknya dia tidur seolah-olah sedang tidur atas katil yang empuk dalam bilik selesa dengan pendingin hawa. Sayunya hati ni melihat keadaan pak cik tua tu.

Fikiran ini terusik dengan si pak cik tua tu. Apalah sangat masalah aku ini kalau nak dibandingkan dengan keadaan pak cik tu. Masa tu, kepala ligat mencari dan mengingat kembali nikmat-nikmat yang Allah dah bagi selama ni. Nikmat hidup yang selesa, nikmat keluarga, nikmat ibu-bapa,nikmat tarbiah dan usrah, nikmat sahabat-sahabat, nikmat tubuh yang sihat, nikmat hamba, dan nikmat tiupan imaniyah. Tapi, kenapalah susahnya aku nak jadi hamba yang bersyukur? Sedangkan nikmat yang Allah dah bagi sangat banyak, dan sesekali Allah nak uji pun dah lemah dan nak mengeluh,aduhai diri,,  Ya Allah bantulah aku, berilah aku kekuatan menghadapi ujianmu ini ya Allah",,


 *****

Cerita Ahnaf bin Qais  
sumber - http://redhaku.blogspot.com/

Pernah terjadi fitnah di antara dua kabilah di sebuah masjid di Kufah. Fitnah tersebut telah membuatkan kedua-dua kabilah menghunus pedang dan memasang anak panah. Suasana menjadi hiruk-piruk. Hampir saja semua kepala berpisah dari jasad.

Keluarlah salah seorang di antara mereka dari masjid untuk mencari seorang pendamai yang penyabar. Dia adalah Al-Ahnaf bin Qais. Pada ketika itu Ahnaf berada di rumahnya dan beliau sedang memerah susu kambing. Dia memakai pakaian yang harganya tidak sampai sepuluh dirham. Badannya kurus dan penampilannya memprihatinkan. Ketika dikhabarkan tentang apa yang terjadi, ia bersikap tenang sahaja dan tidak panik. Sebab, dia sudah biasa menghadapi kesulitan dan hidup dalam tekanan. Ia hanya berkata "Insya Allah, semuanya akan berjalan dengan baik!"

Setelah itu beliau bersarapan terlebih dahulu, seakan-akan tidak pernah terjadi apa-apa. Dan sarapannya hanyalah sepotong roti kering, minyak, garam dan segelas air. Dia kemudian membaca "Bismillah" dan makan. Selesai makan dia membaca "Alhamdulillah" seraya berkata "Ini roti dari gandum Iraq, minyaknya dari Syam, airnya dari sungai Tigris, dan garamnya dari Murw adalah nikmat yang tiada tara". Sesaat kemudian, ia pun mengenakan pakainnya dan mengambil tongkatnya, lalu berjalan menuju masjid. Ketika orang-orang yang berada di masjid melihatnya, kepala mereka semua tertunduk dan mata mereka menatap ke tanah. Semuanya mendengar kalimat perdamaian yang ia ucapkan.

Akhirnya, ia meminta mereka semua bubar dan semuanya melakukan apa yang beliau minta tanpa sebarang bantahan. Kejadian tersebut dengan mudah dapat diselesaikan dan fitnah di antara mereka pun dapat dihapuskan.

20 October 2010

Random Photos 2010

 

Assalamualaikum kawan-kawan, apa khabar semua ? Maaf sangat,sangat sangat sebab dah berkurun tak update blog ni,, dan sudah pun berjaya cipta rekod baru , hampir setahun blog ini dibiar usang,, post kali ni bakal mewarnai kembali blog ini Insya ALlah, niat di hati memang nak post macam-macam, tapi semua tak diizinNya, maka terjadilah apa yang terjadi, harapnya anda semua masih sudi singgah di sini lagi ya,,, =)

  Gambar di atas adalah cubaan pertama saya snap gambar jenis

28 June 2010

Syoknya jadi Doctor !!

Sudah hampir sebulan aku tidak update laman ini dek kerana sibuk dengan `final exam` tahun pertama di Azhar ini. Alhamdulillah, histology, physiology,anatomy dan biochemistry sudah selesai dengan jayanya. Peperiksaan pertama di universiti, ternyata jauh berbeza dengan peperiksaan di sekolah menengnah dulu. Segalanya bergantung pada kekuatan diri kita sendiri untuk `survive`. Lebih lagi

01 June 2010

Ah, nampaknya rejim Zionis semakin biadap !

Walaupun final exam masih berbaki beberapa paper, tapi ingin juga saya mencuri sedikit masa untuk berkongsi sedikit-sebanyak tentang misi kemanusiaan dunia terhadap Palestin yang sedang diancam rejim Zionis laknatullah !

1. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang paling besar dalam sejarah untuk menghentikan pengepungan Israel terhadap bumi Palestin yang telah bermaharajalela sekian lama.Ia dinamakan "Freedom Flotilla" dan gabungan beberapa NGO di Malaysia dinamakan