18 September 2009

Salam Aidilfitri

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"


Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya di rumah. Perjalanan yg memakan masa hampir 10 jam itu amat meletihkan. Kali ini tren yg kami naiki penuh. Berbeza dengan sebelum ini yg selalunya masih banyak seat kosong. Sepanjang perjalanan saya lihat ramai 'penumpang haram' atau juga dikenali sebagai 'illegal'. Apapun istilahnya ia merujuk kepada penumpanh yg tidak bertiket. Mereka akan bergerak secara nomad di sepanjang perjalana dari gerabak ke gerabak Sekiranya ada seat yg kosong, puak-puak ini akan mengambil peluang. Ada juga yg menjadikan ruang ditengah-tengah dua gerabak sebagai 'rumah' mereka yg sememangnya amat menggangu orang lain.




Saya ingin menarik perhatian sahabat semua, apakah hukum kegiatan ini? Sudah pastilah HARAM. Ini kerana ia menggunakan perkhidmatan tanpa kebenaran. Sudah tu menyusahkan penumpang-penumpang yg lain pula. Saya juga menjadi mangsa apabila seat saya dirampas oleh salah seorang dari puak ini. Ketika itu,saya pergi ke gerabak belakang untuk mengambil sweater dari sahabat saya sebab keadaan suhu yg sangat rendah dan juge disebabkan kecuaian saya untuk membawa sweater. Mulanya nampak beliau tidur di tempat saya macam nak marah tapi kesian pulak saya tengok mamat tu. Nampak macam letih sangat.Jadi malam tu saya beriktikaf dalam surau tren tersebut dgn bertemankan tuan punya sweater tadi. Kebetulan pula malam tu yg ke-27 Ramadhan. Ada pendapat yg mengatakan malam 27 adalah Lailatul Qadar.


Boleh ke 'iktikaf' dalam surau? Ntahlah, saya pun tak pasti. Tapi, saya pernah dgr ada pendapat yg membolehkan. Tak pasti dari mana sumbernya,kalau ada pun mungkin pendapat yg tak kuat. Walau apapun surau tetap "rumah Allah" kan. Tempat orang islam beribadah. Jadi,dalam situasi sebegini , saya rasa inilah tempat terbaik untuk menganti iktikaf di masjid.


Bila malam semakin lewat lebih ada sorang brother join kami di surau yg kecik itu. Nampak gaya macam nak solat. Jadi, saya memberinya sejadah. Setelah berwudhuk dia mengeluarkan satu alat dari poketnya dan meletakkan atas sejadah. Dia membuat 'tilikan' dengan alat itu. Setelah beberapa ketika, dia mengubah arah sejadah tersebut. Arah yg berlainan dgn arah saya sewaktu saya solat sebelumnya. Barulah saya tahu yg Alat itu adalah kompas qiblat. Hmm, cerdik juga brother ni. Tak pernah pula saya terfikir untuk membeli alat itu awalaupun dah selalu jumpa.


Memang kalau kita kaji, Nabi Muhammad hanya solat sunat di atas unta semasa musafir dan baginda hanya berhenti apabila hendak solat fardhu. Maknanya solat di atas kenderaan dipermudahkan arah qiblatnya mengikut kesesuaian. Tapi kan lebih molek jika kita memanfaatkan teknologi terkini dalam bab ini. Kalau dalam banyak hal kita sering berbicara soal teknologi, tapi mungkin kita sering terlepas pandang dalam soal ini. Sebelum solat kita boleh berusaha utk menghadap arah yg betul dan semasa kita solat jika kenderaan tersebut mengubah haluan ia di luar kemampuan kita. Tapi, kalau dalam bas atau dalam flight yg tidak ada kawasan untuk kita solat, bolehlah solat pada seat kita sahaja.


Raya kali ini kami sekeluarga beraya di Muar, Johor dan akan pulang semula ke Kedah pada raya ketiga. Sekadar makluman bg yg nak datang ke rumah. Jemputlah. Saya juga mengambil peluang ini untuk memohon jutaan keampunan kepada semua sahabat saya di Al-Islah Sg Petani, SMKA Sik, SBPI Kubang Pasu , Darul Quran dan sesiapa sahaja yg pernah mengenali sama ada di alam nyata atau di alam maya. Juga kepada semua guru saya di mana-mana dan di merata-merata. Ampun maafku pinta.

*p/s:penulis sedang mendalami kajian sejarah mngenai Sejarah Tamadun Islam dan kesan langsung kepada Kepulauan Nusantara.. Insya Allah akan dikongsi serba sedikit di blog ini, tapi utk betul2 memahami mgkin memakan masa yg panjang...Doakan ya..

HANZALAH AHMAD TARMIZI