06 December 2009

Salam Perantauan



Alhamdulillah bersyukur kita kerna masih diberi nikmat untuk bernafas seterusnya meneruskan hidup sebagai pemakmur bumi ini seperti yg telah dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 30. Setiap hari yang kita lalui sebenarnya telah diatur dengan baik oleh Allah.

Apapaun yg berlaku hendaknya kita merasai bahawa ada kuasa yg besar yg menjadi Perancang bagi segalanya.

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Jutaan kemaafan ditujukan kepada pembaca sekalian.

Kami di sini sudah merasai `winter` yang sebenar. Kalau sebelum ini suhu hanya sekita 19 dan 20 celcius, tapi sekarang sudah menjunam turun.


25 November 2009

Amin dan atuknya (ibadah korban)

Amin: atuk, apa yang atuk nak buat dengan lembu tu atuk..besarnye hidung dia kan atuk..

Atuk: comel kan lembu ni Amin. lembu ni yang atuk nak buat korban esok..

Amin: atuk atuk kenapa hari raya korban ni ramai orang nak sembelih lembu ya atuk? 
 
Atuk: itu namanya ibadah korban.Dari segi istilah syara` korban itu bermaksud sembelihan binatang tertentu yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dalam al-Quran pun ada menyebut

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

Amin: kenapa pulak kene buat korban ni atuk, kanke boleh ja sembelih cam biase?

19 November 2009

Budaya al-Quran di Mesir


Suatu pagi yang sejuk di musim sejuk (19celcius),
selepas solat subuh,
Saya cuba menegur seorang budak arab :

"assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam"

"izzaiyak??"
(apa khabar?)

"alhamdulillah tamam"
(syukur, sempurna. maksudnya suma ok la)

"ismake?"
(apa nama kamu?)


15 November 2009

Kenapa sangat pahit?

 
bersama pemuda arab, sebelum perlawanan Egypt-Nigeria bermula~

1)Alhamdulillah, dah mencecah sebulan setengah di bumi kinanah. Sudah semakin mudah berinteraksi dgn arabian di sini. Cumanya, masih belum dapat berbual panjang dengan mereka. Sekadar bertegur sapa dan bertanya soalan-soalan pendek sahaja.


2)Hari ini, perlawanan antara Mesir dan Algeria. Natijahnya Mesir menang 2-0. Kesemua orang arab di sini diserang satu macam wabak. Dari golongan muda sehingga tua disahkan dijangkiti secara serentak. Secara tiba-tiba, seluruh kota Kaherah ini bingit dgn bunyi teriakan dan hon kenderaan. Didapati, anak-anak muda berlari di tgh2 jalan tanpa arah sambil menjerit-jerit. Puncanya kemungkinan besar akibat mendapat rasa `gembira` secara mengejut.


3)Aku sudah mula menyertai kelas bahasa arab dan beberapa kelas agama yg kesemuanya diajar oleh orang melayu. Rasa di hati ingin saja mencari syekh arab utk menadah ilmu, tetapi apakan daya belum terdaya. Mungkin bila bahasa dapat dikuasai, ilmu datang mencari.


4)Kami serumah dilaporkan semakin pandai memasak. Masuk bulan ini pelbagai resipi baru telah di cuba. Antaranya, kami berjaya membuat pizza dan karipap. Selain itu, nasi lemak dan mee kari turut menjadi hidangan. Puncanya, setelah rumah kami berjaya dilengkapi dgn internet, kami mendapati masih byk resipi yg belum dicuba terdapat di internet. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dapat dimakan  =D


Sedikit luahan,harap tak segan :


___________________________________________________________________


Situasi 1


“ aduh, malasnya nak baca Quran.. esok jelah.. penat sgt hari ni…” aku mengeluh
“alah, sekejap je pun, 5 minit je..lepas tu kau tido la puas-puas..” hati kecil ku menjawab
“tak elok la baca waktu letih, nanti tak boleh focus.. kanke kita ken abaca dengan penuh bertajwid dan bersungguh-sungguh.. masa masih panjang.. esok pun ada lagi..”


……………………………………………………................………………………………………………………


Situasi 2
“allahu akbar..alllahu akbar….”
“uhh, dah azan..  betul ke muazzin nie? Aku baru ja nak terlelap.. erm, pening plak kepala ni…” keluhan ini
“rugi weh,solat jemaah kan dapat 27 kali ganda.. lagipun Allah dah janji dapat lindungan arasyNya bagi pemuda yg hatinya terikat dgn masjid..”
“betul..betul..betul.. tapi, kalau solat tak khusyu` kan tak bagus.. japgi waktu maghrib aku pi la..”
………………………………………………………………..............……………………………………………..


Situasi 3
“hello,hanzalah..ko tau kan malam ni ada blaja kitab tauhid kat surau belakang tu.. ko pegi x?”
“erm..aaa… erm… insya Allah.. aku cuba pergi…ok..ok..assalamualaikum(telepon diletak)”
“hmm, macam mana nak pegi ni, malam ni aku nak siapkan report bio.. lagipun ustaz tu tak best la.. boring siot …nanti kalau ada ustaz best aku p la…” (monolog sendiri)
………………………………………………………………………....................…………………………………….


Penjelasan
Senang kan nak cipta alasan..


Ni lah antara keluhan kita..atau mungkin keluhan aku sendiri..
Tapikan kenapa lah terasa berat sangat nak buat suma nie..
Sedangkan roh kebaikan selalu ja datang menyapa..
Tanpa disedari,roh mulia yg datang membisik, dgn mudah ditepis oleh nafsu..
Sedangkan, kalau chatting mudah plak kita bangun..
Walau kekadang balik umah dah sgt letih,tapi bila tetiba `buzz` muncul, automatic mengantuk tadi hilang.


 Kalau ditanya “nak ke masuk syurga?”..
Dengan muka yakin menjawab “eh,mestilah..suma org pun nak masuk..kan Allah kan Maha penyayang..”
Nak sgt kan masuk syurga,tapi rasa berat sgt nak beramal..
Diingatkan dosa kita,rasa macam tak layak ja nak masuk syurga..
Tapi,kalau bukan syurga ke mana lagi?
Uhh,serius weh, panas mancis pun aku tak tahan, ntahlah mcm mana panas NERAKA?
Tapikan, dalam al-Quran ada tertulis,
 
“Tetapi barang siapa bertobat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima tobatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”  (Al-Maidah:39)


Dah banyak ayat yg menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita..


Dalam sebuah hadith juga ada menyebut,


"setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yg melakukan kesalahan adalah yg segera bertaubat"


Ini jelas menunjukkan bahawa anda, saya dan dia pernah melakukan kesalahan yg membawa kepada dosa. Cumanya beza antara orang yg bersalah adalah `taubatnya`. Seharusnya kita melihat hadith ini sebagai satu motivasi. Tidak perlu kita rasa seperti putus dari rahmat Allah setelah melakukan dosa dan akhirnya terus-menerus melakukan dosa tanpa bertaubat. Allah itu maha Pengampun.


Ada satu kata-kata yang menarik untuk saya kongsikan di sini:
"Allah give and forgive, mans get and forget"


Inilah sikap kita yg sangat sombong dan susah untuk bertaubat. Sedangkan Ar-Rahman terus-menerus memberi kita rezeki dan segala macam nikmat sehinggakan kita dapat lakukan apa yg kita sedang lakukan sekarang.


Allah sentiasa menunggu taubat hambanya..Tinggal lagi kita yg tak pernah menghargai..


"Ya Allah ya Tuhanku,engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yg menjadikanku dan aku hambamu dan aku tidak mampu menunaikan perjanjianmu semampuku, aku berlindung diri dgn Engkau daro kejahatan yg aku lakukan, aku mengaku dgn Engkau akan dosaku dan aku mengaku dgn Engkau akan nikmatmu ke atasku, maka ampunulah aku, sesungguhnya tiada yg dapat mengampuni dosa selain Engkau.."


“Bila ditanya kenapa perjuangan itu pahit?
Jawabnya kerna SYURGA itu manis….”


06 November 2009

Dari Kedah ke Kaherah

Alhamdulillah,akhirnya genap sebulan saya berada di bumi anbiya ni setelah perbincangan yg memeningkan. Sebulan yg sangat bermakna. Pelbagai ragam peristiwa silih berganti. Peristiwa yg mematangkan dan meletihkan. Bermula dari hari pertama saya ke airport KLIA hinggalah saya menjejakkan kaki ke Univ tertua Al-Azhar, setiap saat yg berlalu menitikkan seribu satu macam
kenangan.


MAAF YA 

Maaf lah kepada rakan-rakan yg menunggu entry baru. Banyak perkara yg perlu diselesaikan sepanjang sebulan ini. Syukur semuanya semakin baik. Rumah yg selesa berhampiran masjid dan jiran-jiran siswa melayu yg sangat perihatin cukup melegakan saya.

Rumah kami sudah lengkap. Proses melengkapkan rumah dgn `wireless` sudah pun selesai. Masalah utk berkomunikasi amat jelas terasa. Sungguhpun ada egyptian yg pandai berbahasa inggeris, tapi loghat nya agak sukar difahami.

KULIAH 

Sudah lebih sebulan kuliah `tib azhar` bermula. Biasanya kuliah bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 230 petang. Perjalanan dari rumah saya yg terletak di Hayyu Asyir ke Jamaah Al-Azhar menelan masa lebih kurang 20 minit dan ke atas sekiranya sesak. Di bandar Cairo (Kaherah) ni seolah macam KL kalau nak dibandingkan dgn Malaysia dari segi kesesakan. Dari segi lain mmg jauh berbeza. Pernah juga beberapa kali tersalah bas. dan lewat ke kuliah. Jadi terpaksa ambil teksi utk ke kuliah.

Biasanya  pelajar di sini ke kuliah menaiki bas atau `eltremco`.Ada juga yg membeli motosikal, tak mahal pun, beberapa ribu ja. Macam pernah dgr kan `eltremco`. Bukanlah jenama sos tapi perkhidmatan van macam bas mini gitu. Pengangkutan awam di sini sgt bagus. `Eltremco` sgt banyak ke merata pelusuk Mesir. Bersepah-sepah di jalan membuat bising

`tiiiiiiiiint...piiiin.....poooon.....`

Fuh,first time dgr bunyi hon macam nak luruh jantung terkejut. Dah semakin biasa. Sekarang dengar bunyi hon dah macam satu irama menemani kami ke kuliah seharian. Kalau pak arab ni, biarlah kereta seburuk mana pun tapi hon mesti tip top. Kekadang boleh dibuat main, hon sepanjang jalan. Hmm, macam-macam... Sebab tu ramai sahabat yg kata  `Mesir? you expect the worse`

"amino acid can aktazan acid and aktazan base", Prof menerangkan

"apa lah yg prof ni cakap?",melengung sendirian

saya mengambil masa beberapa hari utk memahami bait ini setelah berpuluh kali diulang oleh prof.

Rupanya

"aktazan acid" = "act as an acid "

Secara overall pensyarah di sini sangat bagus. Terang dengan bersungguh-sungguh. Dia akan ulang sampai kita faham, sepuluh kali pun tak kisah. tinggal lagi kita yg akan segan. Yang menariknya, pensyarah di sini majoritinya penulis buku dan akan mengajar menggunakan bukunya sendiri.

Kuliah 3 hari seminggu dan berselang seli dgn 3 hari praktikal. Memang banyak praktikal. Kalau madah `Anatomy`, kami akan menghadap mayat 2 kali seminggu. Setiap teori yg diajar dalam minggu tu akan terus praktikal dgn mayat. Boleh pegang sendiri bahagian yg kita belajar dalam bilik kuliah. Fuh, memula memang semangat nak jumpa mayat. Tapi sekarang dah semakin biasa bermain dengan mayat. Hari pertama praktikal anatomy agak terkejut sebab boleh main dengan mayat sesuka hati. Beleklah apa yg boleh. Dari kepala sampai ke kaki dah belek. Tak nampak darah ok lagi, kalau dah nampak darah nanti `jenuh` jgk. ( jenuh = susah atau apa-apa yg  berkaitan )                                                                       

Di sini mata wangnya dipanggil `junaih`. Sedap kan bunyinya. Tapi arab ami sebut `genih`. Suma yg ada huruf jim ditukar huruf ga. Itulah yg jadi pelik sikit bunyinya. Bahasa arab ami ni maksudnya loghat sini. Contoh macam ore kelate la, kecek kelate, gitu deh.. Tapi lagi bagus kalau kita usaha nak guna arab `fushah`. Imam Hasan Al-banna pun ada menyarankan sebegitu. Fuh,nama tu sangat bahaya disebut di sini.  Kami panggil Pak Cik Hasan ja, sebab kerajaan di sini perang habis-hasbisan gerakan ni. Ada jgk kes pelajar indon yg ditangkap oleh polis. Tak pasti sangat apa puncanya, tapi yg pasti ada kaitan jgk dgn benda ni. Kena berhati-hati sikit di sini.



Wah,ini lah ashir (jus) yg sgt terkenal dgn kelazatannya. Kalau sesapa yg baca ayat-ayat cinta tu mesti tahu ashir manju. Memang kaw-kaw punya jus. Tak da tambah air langsung. Nanti kalau sesapa nak order bulih la.. Segenih satu. Nanti tulis sekali alamat untuk di pos.(huhu)

BERDIKARI

Sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Bangun pagi dah tersedia sarapan. Semuanya ummi yg buatkan. Kelengkapan abi yg belikan. Semua urusan, ummi dan abi yg mudahkan.

Sekarang lain, bila bangun awal pagi siapkan sarapan untuk ahli bait, terasa juga macam mana tanggungjawab membesarkan anak. ( ni serius ni, jgn gelak pulak )

Bila ke pasar membeli ikan dan sayur teringat macam mana susahnya ummi dan abi membesarkan anaknya ini.

Bila buat `budget` rumah, duit sewa, duit bil air, bil elektrik, bil internet, duit untuk kelengkapan dapur, tambang ke jamaah, teringat macam mana peritnya ummi dan abi bekerja mencari duit untuk anaknya ini.

Sekarang baru saya dapat gambaran. Gambaran yg lebih jelas mcm mana susahnya nak pelihara seorang anak. Macam tu lah jugak peritnya bila si ibu dan si bapa rasa bila anaknya tak mendengar kata. Sebelum ini buat gambaran sendiri. Buat andaian sendiri. Tapi, bila rasa sendiri baru faham.

Kekadang bagi kita di asrama atau di IPT, tak bercakap dgn parent seminggu dua perkara biasa kan. Tapi, kanke lebih baik kalau semggu sekali kita call tanya khabar. Mesti sejuk hati mak pak kita kan. Kalau lah  kita sedar, sekarang kita di IPT, lepas graduate kita nak kerja dan dirikan rumah tangga.

Jadi, masa kita ngan parent dah tak sama macam dulu, sewaktu kita kecil. Alhamdulillah, sekarang bila dah ada `wifi` di rumah, mudah nak bertanya khabar ummi dan abi. Sebelum ni, semggu sekali akan ke cc utk melepaskan rindu. Hmm, kita dah besar dan matang. Sepatutnya hubungan ngan abi dan ummi lebih besar dan matang.

UJIAN

Sebelum ke Mesir,saya dah terbayang macam mana keadaan di Mesir.
Keadaannya yg berhabuk,
kemudahan awan tak setanding Malaysia,
budaya arab yg kasar dan keras,
serabut dan bersepah,
dan beberapa lagi.

 Bila tiba di Mesir, semua sama seperti yg dibayangkan. Kecuali satu, sewaktu di Malaysia saya membayangkan arab ni dressing nya ok. Yang perempuannya semua berjubah dan berpurdah. Tapi bila sampai ja di sini. Masya Allah, dressing muda-mudinya, sungguh menggugat iman. Beyond expectationIni semua pengaruh media terutama media massa. Saya pernah ke rumah kawan yg ada TV. Stesyen TV di sini mencecah seribu. Macam-macam ada, Alhamdulillah rumah kami tak dak TV. Hmm, ujian di sini.. Tak perlulah nak dihuraikan dalam blog ini. Sebab tu lah pelajar melayu di sini ramai yg kahwin awal. Untuk menjaga diri katanya. Memang itupun yg dianjurakan agama setelah berpuasa kan. Hmm, Pilihan bijak!  ( ok ok enough...no question allowed =D )

GAMBAR 

Ni antara gambar yg sempat di snap sepanjang di sini. Post kali ini banyak gambaq, menurut permintaan kekawan di Malaysia termasuklah sesanak saudara.



napa slow sgt, boleh laju lagi x?

  
Inilah tempat Fahri belajar~


 kalau x dgr bunyi hon, anda bukan di Mesir~


permandangan indah di Mesir~


dilengkapi dgn air-cond~


dont give up doc~

masjid Jamaah Al-Azhar

Ini `sauq sairot` pasar kerata terpakai, just in front of my house~


cheap and sweet~

tu dia burger arab, setengah nyawa nak habiskan~

jiran satu imarah~



 ni muka chef-chef terlatih~





ummi,anak ummi dah pandai masak~


Ya baba izzaiyak?


tingkat atas sebelah kanan,iman teruji utk ke masjid ~



perjalanan masih jauh....~

04 October 2009

Transformasi hidup




"abang nak p oversea nanti... nak sambung blajaq kat luar negara..."

"erm, elok la tu.. nanti kalau umi ada duit boleh la umi p ngan abi lawat abg kat sana, umi teringin nak makan buah epal di bawah pokok epal tu..."

"boleh main salji, boleh naik kapal terbang.. huhu seronoknya.."

Begitulah kurang lebih situasi yg berlaku beberapa tahun dahulu. Sewaktu aku masih di sekolah rendah. Azam yg sangat tinggi untuk ke oversea menyambung pelajaran.Teringin sangat nak merantau..

Seolah-olah ke negara orang bermain salji itu lah puncak kegembiraan..
Seolah-olah naik kapal terbang dapat melihat daratan dari atas, dapat menembusi awan itulah keseronokan yg paling hebat dapat dicapai..
Seolah-olah dapat berjauhan dari keluarga, dapat keluar dari konkongan umi abi itulah kebebasan yg mutlak..

Disitu bermula imaginasi kanak-kanak...
Dari satu babak ke satu babak...
Yang semakin lama semakin panjang, semakin indah..


~kenangan terindah masa jamuan apa ntah x igt da~

Masa terus berlalu.. Hari ke hari.. Dari satu sekolah ke satu sekolah..
Dari satu exam ke satu exam.. Yang kecil semakin besar..
Yang rendah semakin tinggi..

Dari sekolah Al-Islah ke Yayasan Islam perlis ke SMKA Sik ke SBPI Kubang Pasu..
Bermacam peristiwa berlalu.. Terpahat dalam memori..

Tup..tup..

SPM selesai...
Fuh, sangat singkat hidup ni kan.. Cam tak percaya dah habis sekolah..

SPM diumumkan..
Dengan penuh bersemangat borang diisi. Bukan satu tapi seribu..
Dengan harapan y tinggi moga awan dapat dicapai.. Moga epal dapat dipetik dan dimakan disitu..

Menanti keputusan.. Debaran bergema.. Teruja melihat negara mana yg bakal aku jejaki.. Aku over confident yg aku akan ditawarkan ke mana-mana negara di eropah.. Akulah yg paling layak!

Tetapi segalanya berbeza...Harapan yg tinggi tiba-tiba menjunam...

"Harap maaf permohonan anda tidak berjaya..."

Itulah kalimat yg meragut perasaan merentap ketenangan.. Aku menaruh harapan yg sgt tinggi kpd MARA dgn keputusan aku yg aku kira layak utk diterima.. Macam mana boleh tak dapat? Aku pelik.. Umi dan abi mula resah.. Sepatutnya akulah yg pertama sekali dipilih.. Nasib dia tak tulih mcm ni :

"Harap maaf permohonan anda tidak berjaya. Sila cuba lagi"

Kalau ini lah yg tertera. Memang sampai kapan pun aku cuba! Nasib baik tak dak camtu..




~in memory~

Pantang menyerah!

Aku terus mencari tawaran dari tempat lain.. Kalau boleh semua borang yg ada aku nak isi.. Aku nak jugak fly ke luar negara..

Sime Darby,
Bank Negara,
Petronas,
NCB Holdings,
Yayasan Khazanah,
Yayasan UEM

Agak dahsyat kan.. Hmm, malangnya dalam byk2 tu hanya Petronas dan NCB Holdings yg menerima utk ditemu duga.. Aku berusaha berlakon selama 3 hari di UTP.. Mengharap peluang menjelma..

"sama ja belajar dalam negara atau luar negara,Malaysia pun ok apa.."
"buat apa nak p oversea? sekadar nak tengok negara orang?"
Hmm, betul tu tapi kalau berpeluang aku nak jugak mencari pengalaman d negara orang..
Beberapa minggu berlalu, kwn2 yg lain dah dapat.. Ditawarkan dgn jurusan yg dipilih..
Temuduga NCB Holdings pulak aku tolak kerna sebab aku ditawarkan dgn bidang pengurusan.. Mungkin bidang tu tidak menjadi keutamaan dalam pilihan ku..
Kenapa aku tak dapat? Sedangkan klw nak diikutkan logik aku lebih layak berbanding kwn2 lain yg resultnya kurang sikit daripada aku..

Rupanya ada yg lebih berkuasa..Ada yg lebih layak utk menentukan.. Ada yg lebih mengetahui baik dan buruk..

"aku merancang, dia juga merancang.. tapi, perancanganNYA maha hebat.."


Kekuatan semakin teruji apabila mendengar berita. Berita keberangkatan kawan-kawan sekepala ke Timur Tengah untuk menyambung pelajaran di sana. Banyaknya amik medic. Uh..cambez je medic..
Mahdi, Faiq, Mukmin, Wan Nabilah ke Jordan..
Faiz, Zikrilhalaim, Afiq Hidayat ke Egypt..
Amin ke Rusia....

~inilah Mahdi,sahabtku d ISLAH..berjuang d bumi Jordan~


Selamat Berjuang di bumi anbiya.. Moga kalian jadi pembela agama ini..
Kekadang aku pun terfikir dan termenung..menung yg panjang..
walaupun dah berusaha macam mana sekalioun,tapi kalau tak diizinkan tak kan terjadi perancangan kita..

Realiti itu sangat memberkas di jiwa.. satu pengalaman yg mematangkan..
"tak semua yg kita nak kita kan dapat dan tak semua yg kita dapat adalah yg kita nak"
Al- Quran pun ada ingatkan kita :

"..tetapi boleh jadi kamu tidak suka sesuatu itu, padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai susuatu itu, pdahal ia tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah : 216)

Aku cuba memahami...dan aku semakin faham..faham tentang putaran kehidupan..tentang transformasi kehidupan..

18 September 2009

Salam Aidilfitri

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"


Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya di rumah. Perjalanan yg memakan masa hampir 10 jam itu amat meletihkan. Kali ini tren yg kami naiki penuh. Berbeza dengan sebelum ini yg selalunya masih banyak seat kosong. Sepanjang perjalanan saya lihat ramai 'penumpang haram' atau juga dikenali sebagai 'illegal'. Apapun istilahnya ia merujuk kepada penumpanh yg tidak bertiket. Mereka akan bergerak secara nomad di sepanjang perjalana dari gerabak ke gerabak Sekiranya ada seat yg kosong, puak-puak ini akan mengambil peluang. Ada juga yg menjadikan ruang ditengah-tengah dua gerabak sebagai 'rumah' mereka yg sememangnya amat menggangu orang lain.




Saya ingin menarik perhatian sahabat semua, apakah hukum kegiatan ini? Sudah pastilah HARAM. Ini kerana ia menggunakan perkhidmatan tanpa kebenaran. Sudah tu menyusahkan penumpang-penumpang yg lain pula. Saya juga menjadi mangsa apabila seat saya dirampas oleh salah seorang dari puak ini. Ketika itu,saya pergi ke gerabak belakang untuk mengambil sweater dari sahabat saya sebab keadaan suhu yg sangat rendah dan juge disebabkan kecuaian saya untuk membawa sweater. Mulanya nampak beliau tidur di tempat saya macam nak marah tapi kesian pulak saya tengok mamat tu. Nampak macam letih sangat.Jadi malam tu saya beriktikaf dalam surau tren tersebut dgn bertemankan tuan punya sweater tadi. Kebetulan pula malam tu yg ke-27 Ramadhan. Ada pendapat yg mengatakan malam 27 adalah Lailatul Qadar.


Boleh ke 'iktikaf' dalam surau? Ntahlah, saya pun tak pasti. Tapi, saya pernah dgr ada pendapat yg membolehkan. Tak pasti dari mana sumbernya,kalau ada pun mungkin pendapat yg tak kuat. Walau apapun surau tetap "rumah Allah" kan. Tempat orang islam beribadah. Jadi,dalam situasi sebegini , saya rasa inilah tempat terbaik untuk menganti iktikaf di masjid.


Bila malam semakin lewat lebih ada sorang brother join kami di surau yg kecik itu. Nampak gaya macam nak solat. Jadi, saya memberinya sejadah. Setelah berwudhuk dia mengeluarkan satu alat dari poketnya dan meletakkan atas sejadah. Dia membuat 'tilikan' dengan alat itu. Setelah beberapa ketika, dia mengubah arah sejadah tersebut. Arah yg berlainan dgn arah saya sewaktu saya solat sebelumnya. Barulah saya tahu yg Alat itu adalah kompas qiblat. Hmm, cerdik juga brother ni. Tak pernah pula saya terfikir untuk membeli alat itu awalaupun dah selalu jumpa.


Memang kalau kita kaji, Nabi Muhammad hanya solat sunat di atas unta semasa musafir dan baginda hanya berhenti apabila hendak solat fardhu. Maknanya solat di atas kenderaan dipermudahkan arah qiblatnya mengikut kesesuaian. Tapi kan lebih molek jika kita memanfaatkan teknologi terkini dalam bab ini. Kalau dalam banyak hal kita sering berbicara soal teknologi, tapi mungkin kita sering terlepas pandang dalam soal ini. Sebelum solat kita boleh berusaha utk menghadap arah yg betul dan semasa kita solat jika kenderaan tersebut mengubah haluan ia di luar kemampuan kita. Tapi, kalau dalam bas atau dalam flight yg tidak ada kawasan untuk kita solat, bolehlah solat pada seat kita sahaja.


Raya kali ini kami sekeluarga beraya di Muar, Johor dan akan pulang semula ke Kedah pada raya ketiga. Sekadar makluman bg yg nak datang ke rumah. Jemputlah. Saya juga mengambil peluang ini untuk memohon jutaan keampunan kepada semua sahabat saya di Al-Islah Sg Petani, SMKA Sik, SBPI Kubang Pasu , Darul Quran dan sesiapa sahaja yg pernah mengenali sama ada di alam nyata atau di alam maya. Juga kepada semua guru saya di mana-mana dan di merata-merata. Ampun maafku pinta.

*p/s:penulis sedang mendalami kajian sejarah mngenai Sejarah Tamadun Islam dan kesan langsung kepada Kepulauan Nusantara.. Insya Allah akan dikongsi serba sedikit di blog ini, tapi utk betul2 memahami mgkin memakan masa yg panjang...Doakan ya..

HANZALAH AHMAD TARMIZI

22 August 2009

H1N1, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.


Saya dalam tren sekarang ini. Bermakna ini post saya yg kedua dari hanset. Jadi ribuan maaf dipohon andai ada sebarang kecacatan. Almaklumlah guna hanset ni byk ragamnya. Kali ini post saya berkaitan wabak yg paling `infamous` di saentaro dunia dgn kelajuan penyebarannya yg mengkagumkan. Saya dalam perjalanan pulang ke kampus setelah bercuti selama seminggu.

Terlalu ramai pelajar DQ yg demam. Walaupun tidak ada berita pelajar DQ yg positif H1N1 atau kekadang disebut Influenza A atau nama sopannya Selsema Khinzir, namun pihak pentadbiran membuat keputusan sebegini bagi mengelakkan kecelakaan yg lebih besar mungkin. Kebetulan saya pun terkena selsema ringan semasa di DQ lebih kurang 2 hari sebelum DQ ditutup. Jadi, mengambil langkah berjaga-jaga, saya dan beberapa rakan yg lain bergegas ke hospital berhampiran menaiki sebuah prebet bertayar empat utk mendapatkan ubat spt 'paracetamol'.

Sesampainya di hospital,saya dapati terlalu ramai manusia. Pelbagai golongan berhimpun utk mendptkn rawatan. Saya tidak pasti yg semuanya demam atau sakit lain,tapi menurut pemerhatian saya, majoritinya batuk dn selsema dan saya mengambil kesimpulan majoriti pesakit demam. Termasuklah pelajar2 DQ yg turut meramaikan hospital akibat demam.

Saya lihat kesemua kakitangan hospital memakai "mask" termasuk doktor, peg farmasi, nurse dan penjaga kaunter pendaftaran sekalipun! Timbul satu persolan di benak fikiran saya. Kenapa pihak hospital tidak memberi mask percuma sekurangnya satu kpd pesakit yg membanjiri hospital tersebut? Besar kemungkinan wabak berbahaya ini menular dlm kalangan pesakit sendiri. Seperti yg kita sedia maklum, mutakhir ini kebnykan hospital dn klinik dipenuhi pesakit. Mungkin yg demam biasa ber"inovasi" menjadi demam luar biasa setelah pulang dari dari hospital.

Adalah satu kesalahan jika kita ingin menghukum kakitangan hospital kerna yg sepatutnya bertanggungjawab adalah pihak kerajaan kita yg kita semua tahu sgt mendahulukan rakyatnya dn mengutamakan pencapaian!! Ya memang rakyat didahulukan.

Geli hati saya mengingatkan perbualan dgn seorang pak cik di kedai gunting rambut berhampiran dgn rumah saya. "ya,pemimpin kita memang mengutamakan rakyat. Kalau harga minyak naik, rakyat rasa dulu, kalau tambang naik, rakyat rasa dulu, dan pelbagai kalau lagi yg rakyat didahulukan termasuklah selsema khinzir ni pun rakyak rasa dulu" begitu kata pak cik tu. Saya hanya ketawa mendengar suntikan maut beliau. Dalam diam saya mengkagumi pendapatnya. Itulah hakikatnya.

Baiklah, sekarang mari berpindah tajuk. Sama-sama kita cari hikmah yg tersurat dan tersirat disebalik semua yg berlaku. Sepertimana kita diajar utk melihat hikmah di sebalik peristiwa yg berlaku pada kaum2 terdahulu dan seterusnya mengambil 'ibrah' iaitu pengajaran yg terselit pada setiap peristiwa yg berlaku. Seperti firman Allah di akhir Surah Yusuf


"Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi org yg mempunyai akal..."
(Surah Yusuf : 111)


Terdapat byk kisah yg menarik utk kita kaji bersama seperti kisah kaum Nabi Nuh yg diceratakan pada awal Surah Hud. Mereka mengingkari seruan Nabi Nuh yg mengajak beriman kpd Allah. Akibatnya mereka ditenggelamkan dalam satu banjir besar termasuklah beberapa ahli keluarganya yg turut sama menidakkan seruan Nabi Nuh. Begitu juga dengan kisah kaum 'Ad (Nabi Hud) , kaum Samud (Nabi Salleh) , kaum Nabi Lut , kaum Nabi Shu'aib dan juga kaum Nabi Musa. Mereka semua dibinasakan oleh Allah dgn pelbagai mcm bencana dan kecelakaan natijah dari keengganan mereka menyembah tuhan yg satu iaitu Allah. Kesemua kisah tersebut telah disusun oleh Allah dgn kemas dalam Surah Hud,iaitu surah yg tersusun sebagai surah yg ke-11 itu. Sahabat-sahabat bolehlah merujuk kisah-kisah tersebut di dalam al-Quran. Berikut saya nyatakan kedudukan kisah-kisah tersebut agar mudah dirujuk oleh kita semua kelak :
1. Kaum Nabi Nuh (Surah Hud : 25-48)
2. Kaum 'Ad, Nabi Hud (Surah Hud : 50-60)
3. Kaum Samud, Nabi Salleh ( Surah Hud : 61-68)
4. Kaum Nabi Lut (Surah Hud : 77-82)
5. Kaum Nabi Syu'aib (Surah Hud : 84-95)
6. Kaum Nabi Musa (Surah Hud : 96-99)


Terdapat sebab dan akibat dalam kisah -kisah tersebut yg mana sebab musabab turunnya bala drpd Allah adalah berpunca dari perbuatan mereka sendiri. Mari kita lihat ayat ini
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yg benar)" ~Surah Ar-Rum : 41~

[1 Malaysia,Syariat ditegakkan,Keadilan diutamakan]
SALAM RAMADHAN

18 August 2009

Cinta itu...

Dari blog sahabat..

Jipun : Hai jiwang nampak memalam ni.. Teringat mak ke?
Jebon : Perli nampak.. Makan dalam nanti aku Jipun.. Ko macam
tak tau je masalah aku.. Haiih..

Jipun : Takkan la break up lagi Jebon oii? Dah macam hobi kau
pulak aku tengok..
Jebon : Hmm.. Ni dah kali yang ke seratus aku break up Jipun.. Tak
tau la apa yang tak kena.. Memang aku ni ditakdirkan hidup sensorang
ke? Kenapa sorang awek pun tak lekat dengan aku haa.. Tiap2 hari aku
runsing pikir pasal hal ni tau.

Jipun : Aku dah agak, mesti ada masalah dengan awek baru kau ni..
Aku dah cakap tak payah couple2 ni.. Nanti kang kalau kau nak kahwin
haa, baru la cari.
Jebon : Tapi kalau tak cari cemana nak kahwin bai.. Nak kenal2 dulu..
Aku tengok kau ni cool je. Tak pernah nampak runsing pasal awek ke,
nak cari minah mana2 ke.. Kau abnormal ke Jipun?

Jipun : Sampai hati kau kata aku abnormal. Sebenarnya memang
sifat semulajadi aku sejak lahir adalah seorang jejaka cool. Kau nak tau
kenapa aku macam ni?
Jebon : Haa nak nak, cerita la.

Jipun : Kau ingat tak lagi tahun lepas, yang pasal kau merungut
dengan bos kau pasal kerja?
Jebon
: Haah ingat.. Nape Jipun?

Jipun : Haa.. Kau tak puas hati dengan arahan bos kau kan. Kau
cakap baik tambah pekerja daripada pakai mesin buat kerja, jimat kos.
Biasa la akauntan kan.. Mesti hebat kira punya.
Jebon : Hehe. Sempat lagi ngutuk aku. Depan-depan pulak tu.

Jipun : Tengok-tengok lepas setahun baru kau nampak yang kerugian
beli robot tu cuma sementara je. Lepas lepas tu dapat jimat sebab robot
tu buat kerja tak berhenti. Kau faham tak maksud aku Jebon?
Jebon : Hush.. Langsung tak faham. Tiba tiba je ungkit tentang cerita
lama. Apa maksud kau ni Jipun. Cuba terangkan.

Jipun : Aku ada 2 soalan untuk kau. Soalan pertama, kenapa masa
tak puas hati dengan bos kau tu, kau tak gaduh sampai kau menang?
Jebon : Mestila.. Dia kan bos aku. Dia la yang bagi gaji kat aku,
kalau aku buat apa2 sampai dia marah kat aku, habis la aku. Silap-silap
kena buang kerja. Huu tak nak..tak nak..

Jipun : Haa soalan kedua. Kau rasa kenapa dia dapat fikir tentang
robot tu, mula-mula kau rasa macam yakin sangat, tapi last-last,
teori dia jugak yang betul?
Jebon : Mestila.. Dia kan hebat. Aku ni kerja kira-kira je. Aku
tak pandai dan hebat fikir macam dia. Kalau dia tak hebat, takdela dia
jadi bos. Walaupun aku rasa mula-mula tu macam aku betul,
rupa-rupanya aku salah. Sebab fikiran aku cetek je, tak macam dia
tahu macam-macam.

Jipun : Hmm.. Tula maksud aku Jebon. Kita semua mencari
kebahagiaan dalam hidup. Tapi kita lupa yang cuma Allah je
yang boleh bagi kita kebahagiaan. Kita sibuk fikir cemana kita nak bahagia.
Cari jodoh dan orang yang sesuai dengan diri kita tanpa berharap
kepada yang Berkuasa dan rasa bahawa kita sendiri yang
menentukan jodoh kita.
Jebon : Erm betul tu.. Aku selalu rasa rasa macam tu..
Huhu.

Jipun : Jadi untuk dapat kebahagiaan, kita tak boleh la buat benda
yang Allah tak suka, sebab cuma Dia yang boleh bagi kebahagiaan
dekat kita. Tapi Allah maha Pemurah, walaupun kita selalu lupa dan
buat benda yang berlawanan dengan perintahNya, Dia sentiasa ingat
dekat kita dan tetap memberi nikmat.
Jebon : Aku selalu nak kebahagiaan Jipun.. Tapi baru aku sedar yang
cara-cara aku tu semuanya tak yang macam Allah suka. Astaghfirullah..

Jipun : Allah maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik
untuk kita. Kadang2 kita rasa sesuatu tu baik untuk kita, tapi akal kita
sebagai hamba ni sangat terbatas. Kita kena sentiasa yakin Allah
lebih mengetahui berbanding kita. Tanggungjawab kita sebagai hamba
ialah ikut perintah Allah, dan jauhi laranganNya. InsyaAllah semuanya
akan selamat.
Jebon : Aku selalu rasa yang aku tahu semua Jipun.. Tapi aku lupa yang
pengetahuan aku ni lemah. Sampaikan akal aku ni pun Allah yang bagi.

Jipun : Salah satu antara rukun iman ialah beriman kepada Qada
dan Qadar. Jadi kita kena sentiasa yakin dengan apa saja yang Allah
tetapkan. Kita mesti yakin juga yang Allah telah menetapkan tentang
jodoh untuk kita.
Jebon : InsyaAllah..

Jipun : Sebab tu kau nampak aku cool je. Hehe.. Sebenarnya aku
takdela cool sangat. Aku pun manusia biasa macam kau Jebon. Aku
pun ada rasa untuk dapatkan perhatian daripada perempuan. Tapi aku
yakin dengan janji Allah. Yang penting sekarang aku perlu baiki
diri sebaik mungkin, supaya jodoh aku nanti insyaAllah orang
yang baik-baik.
Jebon : Betul tu Jipun. Kadang2 aku terlalu risaukan tentang jodoh
aku, sampaikan aku dah abaikan tanggungjawab sendiri dan
menyebabkan aku kurang yakin dengan ketentuan Allah.

Jipun : Camtu lepas ni sama-samalah kita fikir tentang cemana
nak baiki kelemahan-kelemahan diri kita. Lebih baik daripada sembang
tentang awek yang tak janjikan apa-apa. Nanti dah sampai masa,
kau dah sedia nak kahwin, baru kita carik. Orait?
Jebon : Tiba-tiba aku terasa baik seperti kau Jipun.. Orait.
InsyaAllah..

Jipun : Jom tido..
Jebon : Kau ni ajak tido lain macam je.. Kau memang betul2
abnormal ke?

Jipun : Haiih..

*cam terasa jgk dgn ke`cool`an si jipun ni.... =D

19 July 2009

Perjalanan pulang ke DQ

indahnya Darul Quran

Akhirnya dapat juga mencuri waktu untuk mengupdate blog ini. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman ketika pulang ke Darul Quran setelah tamat cuti hujung sem 1.

Jun 17 Stesen KTM, 7.20 malam

“atuk nak ke mana ?” aku memulakan bicara dgn seorang atuk yg tidak dikenali

“atuk nak ke tanjung malim, nak pi rumah anak” si atuk membalas ramah.

Kami berbual-bual sementara menunggu waktu maghrib.

“Allahuakbar….Allahuakbar….” aku melaungkan azan sambil berharap ada yang akan meramaikan surau.

Setelah itu, aku dan atuk menunggu kalau-kalau ada yang ingin berjamaah bersama. Beberapa minit berlalu. Aku terus iqamat setelah diarah atuk. Akhirnya ada seorang lelaki pertengahan umur masuk. Kami jemaah bertiga berimamkan atuk.

Usai solat, aku keluar dari suarau yg sempit dan panas akibat air-cond yg tidak berfungsi. Keadaan surau yg dhaif sudah menjadi pemandangan biasa. Hmm, entah sampai bila rumah Allah yg menjadi tempat ibadat umat islam terus menerima nasib sebegini?? Menyedihkan.

Aku mencari tempat berlabuh. Tiba-tiba mataku tertumpu pada seorang pak cik yg berjanggut sejemput , berbaju kemeja long-sleeve serta berkasut hitam berkilat.

“erm, knapa pak cik ni tak solat?? “ aku kebingungan.

“mungkin niat nak jama` takhir kot”

Untuk mendapat kepastian, aku teruja utk berbual dgn pak cik tu. Kalau benar sangkaanku tidak mengapa , tapi kalau dia mmg tak solat ingin saja aku mencucuk-cucuk beberapa soalan yg mgkin dapat membuat dia berfikir sejenak. Mgkin dgn cara ini dapat mengetuk pintu hati beliau dan yg paling pentg mengingatkan diri sendiri.

Aku memberanikan diri utk duduk di kerusi sebelah pak cik tersebut yg dari tadi terbiar kosong. Tiba-tiba aku menjadi kelu. Entah dari mana nak mula ni ya. Otakku ligat mencari ayat pemula.

“kereta api sampai pukul berapa ya?” aku memecah kebuntuan dgn soalan yg sememangnya sudahku tahu jawapannya. Kanke ada di tiket.

Tiba-tiba pak cik tu jadi terpinga-pinga. Dia memandangku seolah-olah melihat alien hijau bermata satu dari Marikh. Ada sesuatu yg ingin dikatakan tapi tak keluar. Aku jadi bingung melihatkan gelagatnya pak cik yg sorang ni.

“Train?”

Ops, aku terkezut. Rupa-rupanya pak cik ni tak pandai berbahasa melayu. Muka memang 100% melayu sejati. Ada iras Jamal Abdillah (huhu, kalau dilihat dari bawah agaknye).

“Can you speak malay??” aku bertanya serius.

“just a little” beliau tersenyum.

“Do you melayu” aku bertanya lagi tanpa mengambil kira Grammar yg berterabur.

“no” dia membalas ringkas.

“where are you from??”

“Burma”

“oh..” aku terkezut buat kali kedua.

Rupa-rupanya pak cik tu bukan org Malaysia, tapi foreigner dr Burma.

Eh,kok gitu pak cik agama apa?? Satu lg soalan muncul dlm benakku.

Kami meneruskan perbualan. Aku yang banyak bertanya tntg Negara Burma. Dia menghuraikan dgn bersemangat, namun aku tidak dapat memehami sepenuhmya lantaran ‘pronounciation’ yg pelik dan susunan bahasa yg bersimpang siur.

Then, Aku jadi teringat tentang status agama beliau. Aku membuat sangkaan bahawa pak cik oaring Islam kerna janggutnya sejemput . Untuk mendpat kepastian, jadi soalan seterusnya berbunyi

“What are the main religion in Burma??”

“Buddhist, Christian, Islam and hindu but the many is Buddhist and India very small (sikit la maksud beliau)”

“so, you are..??”

“Buddhist”

Oh.. aku terkezut buat kali ketiga kerana sangkaanku bahawa beliau dalah seorang muslim salah. Wah, ni peluang hebat. Boleh jugak aku berdakwah kepada non-muslim. Sungguhpun menyedari yg diri ni masih tak layak, tapi keinginan melonjak-lonjak.

Kebetulan pak cik ni open-minded dan tak kisah berbincang soal agama. Aku banyak bertanya tentang agama Buddha. Antaranya konsep ketuhanan, kehidupan selepas mati, dan penciptaan alam semesta. Aku lebih banyak mendengar dari bercakap. Bersaungguh-sungguh pak cik tu menghuraikan dengan panjang lebar, namun seperti biasa aku hanya mengangguk walaupun tak faham sepenuhnya. Seperti pesan Akh Abdul Rahman dalam slot dakwah non-muslim dalam program MIZU, bahawa kita sepatutnya lebih banyak mendengar dan hanya mencelah bila perlu.

Diikutkan hati, mahu saja aku bercerita tentang Islam kepada pak cik ni dengan detail tetapi menyedari akan kejahilan diri, aku membatalkan niatku kerna kalau tak kena cara mungkin boleh menimbulkan salah faham dan fitnah pula.

Kami berdiskusi hampir satu jam ( dengar je sebenarnya..=D). Dan di akhir perbincangan , aku dapat tahu yang beliau merupakan seorang engineer dalam bidang civil engineering. Beliau banyak merantau di sekitar Asia Tenggara untuk urusan perniagaannya. Kami bertukar-tukar e-mail dan no tel. Aku sempat menghadiahkannya buku ’20 COMMON QUESTIONS ABOUT ISLAM’ yg ditulis oleh tokoh pemikir Islam terkenal Dr Zakir Naik. Moga-moga pintu hati beliau terbuka untuk mengkaji tentang Islam dan seterusnya memeluk Islam dgn izin Allah.

*pengajaran untuk aku:

Kekurangan ilmu tidak membawa apa-apa faedah bahkan sebaliknya umat Islam yg jahil yg sebenarnya akan memburukkan imej Islam. So, carilah ilmu sebanyak mungkin sementara masih muda ni ye.

Imam Syafie pernah mengingatkan kita:

“Barangsiapa yg mahukan dunia,mestilah dengan ilmu, Siapa yg mahukan akhirat juga dengan ilmu, dan siapa yg mahukan kedua-duanya juga dengan ilmu”

16 June 2009

Mari Fikir


Jebon :

Jipun, kenapa kau asyik ulangkaji je ni?


Jipun :

Yela, aku nak target dapat A untuk exam kali ni..Mesti la kena pulun betul-betul..


Jebon :

Hermm.. Agak-agak kalau Cikgu dah janji yangkau akan dapat 100% dalam exam, kau akan study lagi tak Jipun?


Jipun :

Haishh.. Kalau Cikgu dah bagi aku markah 100% siap-siap,sekarang ni aku tgh minum air sirap sambil makan Cekodokjela Jebon oii. Relaks je tak payah ulangkaji..


Jebon :

Sampai begitu sekali ye Jipun..


Jipun :

Mestila.. Bukan setakat Cekodok je Jipun, Chipsmore punturut menjadi pilihan..


Jebon :

Hmm.. Kau agak-agak kan Jipun, kita sekarang ni confirmboleh masuk Syurga ke tidak ya?


Jipun :

Amboi pedas betul ayat kau ye Jebon. Aku rasa aku nibelum boleh masuk Syurga la Jebon. Benda-benda yang wajib puntunggang-langgang. Apatah lagi ibadat sunat.. Haishh takut jugakaku ni kalau fikir mati time-time sekarang ni Jebon.


Jebon :

Aku pun rasa macam tu Jipun.. Cuma bila aku fikir, kita niulangkaji dengan sepenuh usaha untuk dapat A dalam Exam,sebab kita belum pasti samada kita score dalam Exam. Tapisekarang ni kan Jipun, walaupun kita dah tau kita belum layakmasuk Syurga, tapi kita tak berusaha pun untuk ke arah tu..


Jipun :

Erm betul la cakap kau tu.. Aku selalu lupa la Jebon. Isk isk isk..


Jebon :

Dulu kan Jipun, Rasulullah walaupun dah bebas dari dosadan kesilapan, Baginda tetap tak berhenti beribadat dan berdakwah.Sama jugak dengan Para sahabat, masa hidup lagi Allah dahjanjikan Syurga untuk diorang. Tapi diorang tetap kuat beribadatdan berdakwah.


Jipun :

Betul la Jebon.. Aku ni kalau Cikgu letak markah aku 100%pun aku dah malas nak belajar kan. Kalau Allah dah janjikanSyurga untuk aku, tak tau la aku cemana Jebon.. Kuat kanRasulullah dengan para sahabat?


Jebon :

Tula.. Kuat diorang ni. Tapi Para sahabat sama je macamkita Jipun, manusia jugak. Jadi kita pun mesti cuba jugakJipun.


Jipun :

Hmm.. Okay Jebon, mulai hari ni, aku bukan je target nakA dalam Exam, tapi nak cuba usaha untuk dapat SyurgaAllah sekali.. Sebab aku belum di jamin Syurga lagi kan.


Jebon :

Insyaallah.. Aku pun sama Jipun oii. Dah dah jomsambung belajo..


Jipun :

Hehe.. Okay. Jom jom..

15 June 2009

Ikhtilat IKHWAH & AKHAWAT


Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT,

Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan.

Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!

Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya,
Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini


1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus“.

2. CoupleDuduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan

4. Telefon Tidak ‘Urgent’Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-DayuBercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.Firman Allah Subhanahu Wataala :Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Penutup

Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita?
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam.

Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat,

bagaimana dengan kita?…

Adakah kita terlibat sama?…

SUMBER

Mukhaiyam Intensif Zon Utara 09







Pada 29 Mei hingga 12 Jun yang lalu, saya mengikuti Mukhaiyam Intensif Zon Utara 2009 (MIZU) anjuran JIM Ipt dan KARISMA. Sangat bermakna. Banyak ilmu yg disedut. Cuma sedang berusaha utk menterjemahkannya.

Dari situ ku berkenalan dgn perjuangan. Perjuangan menegakkan syariat yg tak tiada `pitstop`. Mengenal erti dakwah fardiyah, fiqh taysir, pengurusan usrah, dan sirah.

Slot terbaik bagiku "Sejarah Nusantara" oleh Dr. Hafidzi. Beliau adalah pengerusi PACE
(Palestine Centre of Excellent). Huraian mengenai slot ini akan di `post` kan di post akan datang sebab kalau disatukan di sini, alamatnya tak akan dibaca sesiapa (panjang banget sih..). Terasa sia-sia belajar sejarah selama ini. Fakta dimanipulsikan oleh penjajah !!

Pembentangan logo dan moto

Aku dapat bertaaruf dgn ikhwah dari IPT zon utara. 14 hari bersama tak terasa, macam dua tiga minit je.. Terasa nikmat UKHWAH bila bersama. Rindu tak dapat disembunyi. Sempat juga ketemu teman lama semasa di sekolah rendah, AL-Islah Sg Petani. Sudah bertahun kami tak bersua. Jadi tak kering gusi menyingkap kisah lama.

Slot "Perbandingan Agama" di sampaikan oleh Muhd Nicholas Sylvester. Beliau adalah pengerusi Hidayah Centre. Pengetahuan asas tentang perbandingan agama diterangkan dgn jelas dari aspek ketuhanan, kitab suci, hak wanita, naluri insan dan kenabian. Kami berpeluang utk mempraktikkannya pada aktiviti dakwah lapangan utk non-muslim. Kami menggunakan pendekatan `survey` dan seterusnya menerangkan kebenaran ISLAM.








Perjalanan ke PERKASA


Aktiviti outdoor dinamakan PERKASA. Semua aktiviti di UUM. Sehari suntuk kami berkeringat. Paginya, kami belajar mengayuh perahu panjang dan bot mini di tasik. Masak sendiri utk makan tgh hari di sebelah stadium mini. Lunch yg sgt menyelerakan setelah penat berenang. Petangnya, kami memanjat dinding. Wall Climbing da. Ini kali pertama aku berjaya sampai kemuncak setelah dua kali mencuba. Kali pertama di Genting Highland dan keduanya di Kem Rakan Muda (kalau tak salah).



Ikwah dari Selatan Thai, Pattani



Aktiviti "Dakwah Masyarakat Majmuk" tak kurang hebatnya. Kami menyerang orang kampung. Kumpulan aku sempat bertemu sebuah keluarga. Berkenalan dgn anaknya Akmal dan Atuknya yg sgt anti kpd `mat rempit`.
"kalau atuk la, atuk pi bakaq moto depa !!"

Seterusnya slot "Perbezaan Boys and Girls" disampaikan oleh konsultan terkenal, Pak Utih. Penyampaian yg bersahaja dan penuh jenaka membawa kami ke jam 12 malam. Yang bestnya, semua penerangan Pak Utih kena pada kami. Lelaki dan perempuan memang tak sama. Diserikan dgn cerita Nabi Yusuf dan Ratu Balqis. Peserta semua tak nak berhenti, tetapi masa mencemburui !!

"Kondisi Umat Islam Kini" disampaikan oleh akh Dr. Hasbullah Ashari. Pengerusi JIM Kedah. Perasaan kami bercampur baur. Sedih bercampur geram melihatkan UMMAH yg masih tidak bangun setelah tumbangnya Turki Uthmaniyah. Kita terus hancur dari segenap aspek:





  • ekonomi : sistem kapitalis-riba-Yahudi meng`conquer` segenap penjuru


  • pendidikan : liberalisme-exam oriented-agama yg diajar hanya lapis tipis


  • budaya : barat is the best-ISLAM kuno


  • pemikiran : hedonisme-materialisme-hidup utk kaya-kepuasan sementara


  • agama : pluralisme-semua agama sama


  • negara : nasionalisme-pertahankan negara kita-tiada lagi UMMAH


Slot "Sirah Fasa Madaniah" oleh Ust Rosli. Pemuda hebat, Anas bin Malik yg menjadi rujukan sahabat setelah wafatnya Baginda Nabi diceritakan panjang lebar. Kami diarah mencari mutiara disebalik peristiwa. Berakhir dgn kisah Tufail bin Amru ad-Dusi si penyair ulung.



Aspek tauhid diperkuat dlm slot "Shahadatain" oleh akh Dr. Radhi Abdul Wahab, pengerusi JIM Perlis. Jutaan rahsia disebalik kalimah tauhid itu diselongkar bersama.



Ust Sobri pula menghuraikan bab "Tarbiyah Fardiyah dan Dakwah". Pengalamannya begitu mengharukan. Ketua samseng sekolah berjaya ditarbiyahnya semasa beliau di Kolej Islam Kelang. Mungkin samseng berfikrah.



Ajaib ! Kami semua tidak dapat menerima kenyataan apabila Prof. Aisha Nuddin dlm demonya mampu utk mengingat 15 fakta. 10 daripadanya adalah angka 4-digit dan selebihnya bebas. Walaupun ada peserta yg memberikan bahasa German serta Thailand, sedikitpun tidak menggugat ingatannya. Kejadian ini berlaku dalam slot "Pra-syarat Kecemerlangan dan Speed Memory"



Terkesima semua peserta apabila Ust Sayuti menceritakan pengalamannya bersama Ikhwanul Muslimin. Memang hebat. Perjalanan dakwah yg sgt berliku. Akhirnya, beliau berjaya membina sebuah institusi pengajian, Institut Pendidikan Al-Azhar di Jitra dlm usaha membentuk generasi mujadid.



Dr Wan Abdul Rahman al-Khudri pula menerangkan bab "Fiqh & Fiqhut Taysir". Terasa kejahilan begitu menyerlah.



Slot "Ahammiyah Tarbiyah" pula diperincikan oleh Dr. Zainal Adlishah. Beliau membuka minda kami tentang fungsi tarbiyah.



Antara slot-slot dalam MIZU:



Ust Rahim-Sirah Fasa Makkiyah



Ust Shahir-Pengurusan Usrah



Ummi Mai-Public Speaking



Ustazah Roswati Hasyim-Keperibadian muslim



Ustazah Wan Zahrah-Usrah



Dr Rizal Arshad-Leadership



Prof Abdullah-Tahsin al-Quran



Senator Zamri-Politik Semasa



Ruzi Noor-Membina Weblog


Nampaknya cawan di sebelah tidak beberapa membantu

Mukhaiyam terbaik sepanjang hidupku 18 tahun ini. Bukan kerna tempatnya atau aktivitinya, tapi kerna inputnya. Boleh lihat weblognya di sini.