19 November 2009

Budaya al-Quran di Mesir


Suatu pagi yang sejuk di musim sejuk (19celcius),
selepas solat subuh,
Saya cuba menegur seorang budak arab :

"assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam"

"izzaiyak??"
(apa khabar?)

"alhamdulillah tamam"
(syukur, sempurna. maksudnya suma ok la)

"ismake?"
(apa nama kamu?)



"sa`id."
(ni nama dia lah, x yah translate kot)

"kam umruka?"
(berapa umur kamu?)

"arba`ata asyar"
(14, faham kan yg ni)

"fiin tadrus? fi bu`us?"
(di mana kamu belajar, di bu`us? *bu`us tu sekolah mngah khas bwh univ. al-Azhar)

"la, fi madarasah .....bla bla bla"
(saya x dapat tgkap nama sekolahnya)

"hal nta tahfazul Quran?"
(kamu hafal quran ke?)

"aiwah, insya Allah"
( ya )

"nta tahfazu kaamilan?"
(kamu hafal semuanya?)

"la, khamsa wa aisyruun"
(tak, 25 juz saja)

______________________________________________________________________

Sepanjang saya di bumi kinanah ni, dah beberapa kali saya berbual dengan budak arab dan selalunya saya akan bertanya tentang hafalan Qur`annya.Rata-rata nya dah hafal 15juz, 20juz, 10juz. Ada juga budak kecil yg comel yg telah hafal 15 juz. Memang kebanyakan budak-budak di sini telah hafal Quran sejak daru kecl lagi. Nasib baiklah budak-bedak tu tak tanya soalan yg sama,  malu jugak kita yg dah tua bangka ni, hafal ckit ja..

Budaya kat sini tak sama mcm di Malaysia. Kalau di Malaysia budak-budak 8 tahun , rata-ratanya baru habis IQRA`. tu kalau yg lajulah.Tapi di sini 8 tahun tu mungkin dah mula hafal Quran. Sebab tu bila imam terlupa atau tersalah sikit, riuh satu masjid menegur imam.

Bagi sesiapa yg pernah datang ke Mesir, bolehlah tgk macam mana budaya membaca Quran di sini. Tak kisahlah di mana pun akan ada orang yg membaca Qur`an. Semasa menunggu bas, dalam bas, masa menunggu pelanggan,di tepi jalan, dan di bawah pokok. Setidaknya mereka akan pasang bacaan Syekh-syekh utk didengar di mana-mana.

Pernah satu hari dalam `eltremco`, masuk seorang perempuan muda. Bertudung, berbaju ketat dengan perfume yg menusuk hidang. Pastu pulak, keluarkan Quran dan baca dengan perlahan. Wah, apa ini? saya jadi pelik. Jenis ni yg paling menghairankan. Mungkin dia sudah sangat rapat dengan al-Quran dan sudah terbiasa membaca al-Quran di mana-mana, cuma mungkin dia tak memahami maksud ayat 31 dalam Surah an-Nur.Nyway, kita ambikl budaya yg baik-baik sudahlah. Budaya mereka berdamping dengan kitab suci  itu.

Orang cakap Mesir ni bumi anbiya` tempat lahirnya nabi-nabi dan rasul-rasul tapi ingat, Ini juga  bumi FIR`AUN, yang telah dibinasakan Allah akibat kesombonganNya yg mengaku sebagai tuhan. Maknanya, di mana pun kita, baik dan jahat tetap ada. Bukan semua orang Mesir ni baik-baik. Jenis yg mengarut pun banyak. Atas kita lah nak ambik yg mana satu. Ayat al-Quran pun ada menyebut :

"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan jalan ketakwaan"
(As-Syams : 8)

Jadi, antara dua ilham yg diberikan ini perlu dipilih salah-satunya. Tinggi harapan kita termasuk orang yg memilih jalan ketakwaan.

Saya berangan-angan suasana al-Quran terbentuk di Malaysia satu hari kelak. Suasana al-Quran yang sangat indah jika menjadi realiti. Tapi jangan hanya bertanya tanpa berbuat apa-apa. Sama-samalah kita cuba rapatkan diri dengan al-Quran. Banyak ilmu yg ada dalam kitab tu. Tapi nak dapat semua itu perlukan ilmu. Ilmu hanya bagi yg mencari bukan bagi yg hanya menanti.

hei,tido apa lagi, cepat mengaji! 
(didikan perlu dari kecil)

Kita di Malaysia pun masih ramai lagi yg tak tahu membaca al-Quran walaupun sudah tua,tapi saya tidak menyalahkan sesiapa. Cumanya, kita yang masih berpeluang untuk belajar ni perlu manfaatkan. tak kiralah kita ni tua atau muda. Bagi yang masih belajar, ini lah masa terbaik untuk kita manfaatkan. Bagi yg dah berumah dan bertangga, ajarkanlah anak-anak baca Quran, atau setidaknya pastikan dia diajar ilmu tersebut. Takut jugak kita nanti bila di di SANA. Anak yang kita sayang tu pulak tuntut di akhirat:

"abah,kenapa abah x ajaq cek baca quran dulu..."

hah, tak ke jenuh kita nanti. Jadi, apapun sama-samalah kita usaha nak belajar. At least, tahu macam mana nak baca Quran dengan baik dari segi tajwidnya sebelum kita berusaha nak paham isinya pula.

*p/s:kpd sahabat-sahabat saya di Darul Quran sedang menempuh `imtihan`moga semuanya berjaya dengan dengan cemerlang dan dapat menjadi hamalatul Quran yg diimpikan ummah. Insya Allah..

Wallahu a`lam..

3 comments:

basit said...

'budaya al-quran'..
teringat masa d smka dulu.. tiap2 mlm buat tadarus... rindu sgt masa2 tue..
di u nie,ckup pyh budaya nie nak wujud... tgl lh kita duk bce sesorg...
smpaikan org tgk kta bce pun nampk pelik...
sb terlalu jrg budaya itu nak diterapkan di cini..
moga2 TUHAN mempelihara insan yang lemah ini... amin...

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

salam

subhanallah..dah sampai ke bumi mesir rupanya anta. baca blog baru nk tau. hehe. semoga Allah thabatkan hati dan memberi kekuatan utk terus menimba ilmu dengan cemerlang.

will be reading ur blog for further updates. jzkk..kalo ade gamba2 dgn lbih banyak would be really nice. :D

wassalam

hamba ALLAH said...

ish..teringin la nak g cairo..ble la msia boley diangkat sbegitu..adikku yg drjah 5 tu pn..bru nak khatam..suppose kte kat msia ni pn mcm dyorang lakann..sme2 islam jgak..2lah..moga2 dbukakan hti hmba2 ALLAH yng blum dbukakkan...amiin