06 December 2009

Salam Perantauan



Alhamdulillah bersyukur kita kerna masih diberi nikmat untuk bernafas seterusnya meneruskan hidup sebagai pemakmur bumi ini seperti yg telah dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 30. Setiap hari yang kita lalui sebenarnya telah diatur dengan baik oleh Allah.

Apapaun yg berlaku hendaknya kita merasai bahawa ada kuasa yg besar yg menjadi Perancang bagi segalanya.

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Jutaan kemaafan ditujukan kepada pembaca sekalian.

Kami di sini sudah merasai `winter` yang sebenar. Kalau sebelum ini suhu hanya sekita 19 dan 20 celcius, tapi sekarang sudah menjunam turun.




Kalau dulu cabaran untuk solat subuh di masjid hanyalah `saratoga` ataupun selimut tebal, tapi sekarang dengan suhu yg mencecah 11 celcius menjadi satu dugaan baru. Kalau rakan-rakan di Jordan sudah boleh bermain dengan salji. DI Mesir ini keadaannya kering. Sangat kering. Kalau kebiasaan 15 celcius sudah ada `asap` ketika bernafas, tetapi di sini jarang-jarang sekali dapat merasai pengalaman itu.

Tahun ini adalah kali pertama saya beraya di perantauan. Terasa kelainan yg amat. Nikmat raya hanya dapat dirasai bersama sahabat-sahabat di sini tanpa keluarga. Nilai ukhuwwah itu yang memaniskan hidup di perantauan ini.

Raya Haji kali ini saya buat kali pertamanya berpeluang melapah lembu. Kalau di Malaysia, seekor lembu semestinya dikerumuni puluhan orang atau mungkin sekampung. Tetapi di sini saya bersama 3 atau 4 orang lagi berpelunag melapah seekor lembu yg besar, cumanya kami belum berani mengambil tugas mengeluarkan perut dan terpaksa diserahkan kepada yg lebih berpengalaman.

Pada hari raya pertama, korban besar-besaran dibuat di kompleks rumah negeri di Hayyu Asyir oleh persatuan PERUBATAN. Itulah kali pertama melihat unta disembelih. Macam mudah sikit sebab tengkuknya sgt panjang.. =]

Hari raya kedua pula, majoriti rumah-rumah negeri pula mengabil alih membuat korban. Untuk pengetahuan kawan-kawan, di Mesir ni terutama di Kaherah terdapat banyak rumah negeri. Hampir semua negeri terdapat rumahnya sendiri. Ia semacam asrama di rumah flat.  Bagi sesiapa yg berasal atau tinggal di negeri Kedah sebagai contoh, maka bolehlah memohon utk tinggal di rumah Kedah. Sewanya amat murah dan keselamatan terjamin. Tetapi saya memilih untuk tinggal di rumah sewa biasa, sebabnya tidak terlalu terikat dan lebih mudah untuk bergaul dengan orang arab. Biasanya kalau berpeluang saya akan menjemput jiran ke rumah.

Pernah sekali saya menjemput jiran saya ke rumah untuk mencuba air milo. Nak jadi cerita , bila sampai di rumah baru saya teringat , gula habis ! Jadi terpaksa membancuh air milo bermadu. Bila budak arab tu cuba, muka dia semacam lain :

" ana `aiz sukkar..."

maksudnya dia nak gula. Huh, kesian kat beliau, tetapi akhirnya dia faham dan menghabiskan juga air milo bermadu itu. Rasanya lepas ni nak ajak dia sekali lagi minum tongkat ali pula.. huhu..

Masa di rumah, saya mendengarkan bacaan Qurannya. subhanallah sangat merdu lagu yang dialunkannya. Dia berusia dalam belasan tahun dan dalam usaha menghabiskan hafalan al-Qurannya yg berbaki beberapa juzu`.
  
Eh, keluar tajuk sikit. Rasanya masih  belum terlambat untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adikku Hanan bin Ahmad Tarmizi yg berjaya mendapat mumtaz , 5A dalam UPSR yg lepas. ( nanti abg balik Malaysia , Hanan jgn lupa tuntut coklat ye .. )

Tahun ini kali pertama saya melihat bagaimana pak arab sembelih, memang dahsyat. Tak sama dengan orang melayu yg terkenal dengan budi bahasanya.

Semasa ray haji ni memang keadaan di mana-mana merah dengan darah. Di mana-mana pun ada darah sehingga jala raya menjadi merah. Keakadang tu jalaj-jalan terjumpa kaki lambu atau kambing dibuang begitu sahaja di tepi-tepi jalan. Pemandangan biasa di sini. Memang keadaan di sini susah untuk mencari kawasan bertanah untuk bijadikan tempat untuk  `udhiyyah` ini, jadi terpaksa disembelih di mana sahaja.

Di bawah ini saya upload beberapa gambar yg sempat sepanjang Hari raya Aidil Adha ni..


macam bukak baju plak !!






 isk2, inilah budaya merempit anak-anak muda kita








ini pemndangan biasa semasa raya~

kullu a`am wa antum bikhair~

pak arab menyembelih~

 

agaknya beginilah keadaan umat Islam di Palestin yg berlumuran dgn darah syuhada` ~



 
isk2, kesian beliau yg kehausan~


 
sampai begitu sekali... isk2..~
 


 



Apapun, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

kepada semua keluarga, sahabat2 di Darul Quran ,di SMKA Sik , di SBPI Kubang Pasu, dan juga di Al-Islah. Tak lupa juga kepada semua guru yg pernah mengenali diri ini..Maaflah jika ada apa-apa yg masih terbuku di hati ye.. Kalian masih tetap di hati.

Doakanlah kami di sini sihat walafiat..

10 comments:

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

alhamdulillah..teruskan update~

a l h a n z a l a h said...

ni mesti sebab ana jarang update kan.. sorry...

Anonymous said...

dgr cerita mudah nak sembelih unta sebab dia macam merelakan dikorban, betulke, takde gambar ke

Anonymous said...

abg................., nama hanan silap tuu.. knapa tuleh hanan bin ahmad tarmizi? ish2~ dah lupa ka jantina adk abg nii? huhu..

a l h a n z a l a h said...

to anonymus 1: eh, ye ke,, hari tengok unta tu menggelupur sama ja cam lembu,, bahkan lebih ganas lagi sesuai dgn saiz beliau,,huhu

a l h a n z a l a h said...

to anonymus 2: alamak sorry hanan, x prasan lak salah tulih "bin",, huhu,, ok ok abang tukaq balik ye,,

Anonymous said...

salam..nih hanzalh dr SBPIKP ka?..
kalo btuila..slmat dtg ke bumi mesir..
nih kak amar...aritu kak badriyah pun ad ckap ad sorang junior mai sini..tiba2 jmpa blog yg nmanya dikenali..^^..
k..semoga selamat sejahtera di sini..
wassalam..

a l h a n z a l a h said...

to kak senior :
waduh2, ada jgk warga Ikups di Mesir ni, ni kak amarlina ke? yg di cairo universty ke? x pasti lah yg mana satu,, kalau x salah betul lah , sekali ngan hilmi,,

syahida said...

pngalaman yg sgt brmakna...hargailah...

Anonymous said...

beznya..... blajaq kat cna..
moga dapat berkongsi ag pngalaman kat bumi mesir