07 February 2010

Ketukan yang sering kita abai

Alhamdulillah, sudah 4 bulan lebih saya berada di Mesir. Bermacam ragam manusia yg ada di sini nampaknya sudah semakin sebati dengan diri saya. Apapun yang berlaku , harapnya ia menjadi kenangan dan pengajaran buat bekalan hari-hari mendatang sebagai seorang perantau,,

Mula-mula nak mintak maaf kepada semua pembaca blog ini terutama kepada ummi dan abi juga adik-adik tersayang yg dah beberapa kali tanya, juga kepada sahabat-sahabat dan guru-guru tercinta di sana,, mintak maaf sangat2 sebab dalam masa terdekat x dapat fokus utk menulis, nak kata sibuk tak juga,, masih mencari-cari rentak,,

rentak utk study dan utk menguruskan masa ,, menguruskan masa adalah cabaran yg besar,, terkadang mudah saja lalai dengan perkara yg tak berfaedah,, kalau dulu pun di asrama ada jadual yg tersusun tapi masih juga banyak perkara yg disia-siakan,, kalau betul2 guna masa dengan baik masa sekolah dahulu sudah tentu dan pasti semua ilmu yg saya belajar dapat dihayati dengan baik,, kalau imbas balik, ilmu2 macam penddkan islam, syariah dan pendidikan al-quran dan sunnah itu sudah semakin pudar dalam ingatan,, memang banyak masa yg terbazir,,

Kalau masa belajar dahulu,, arabnya dihafal dengan baik, sudah tentu sekarang ni sudah tak menjadi masalah utk berbual mesra dgn arab sini,, masih lemah dan lalai diri ini,, tapi, bila difikirkan tanggungjawab,, semakin mencengkam,, tanggujawab sebagai seorang anak untuk ummi dan abi, tanggunawab sebagai seorang abang utk lima orang adik,, sebagai seorang kawan,,sebagai seorang penuntut ilmu dan yg paling penting sebagai seorang hamba kepada penciptanya,,  rasa macam tak tertanggung utk memenuhi semua amanah itu dengan sempurna,,,

Memang iman kita " yazid wa yanqus.." kekadang rasa senang utk membaca al-quran dan turun dari tingkat 6 utk ke masjid,, tapi kekadang rasa malas dan berat menguasai,, itu tandanya iman menurun,, dan putaran naik turun itu akan berterusan sepanjang hidup kita,, adakalanya iman ini rasa seperti hampir tiada di saat syaitan dan nafsu menyelubungi, tapi bila tersedar perlulah segera bertaubat dan kembali mengingati yang maha melihat,, begitulah seterusnya setiap hari sehingga ajal menjemput,,

Ketukan itu

Pernah atau tidak kita tersepak bendul pintu, walaupun sudah bertahun kita lalu pada pintu yg sama setiap hari,, atau terhantuk pada tiang katil yg biasanya sehari-hari kita bangun dan tidur tanpa terlanggar tiang tersebut,,  atau bisa juga tetiba tersepit tangan di pintu bilik yg sebelumnya belum pernah kita terfikir akan berlaku,, atau mungkin juga tergigit lidah tatkala menikmati hidangan harian walaupun lidah yg sama kita gunakan setiap hari sepanjang hidup kita,,


Saya juga beberapa kali pernah dipijak oleh orang depan semasa hendak bangun dari sujud atau terlanggar belakangnya dan membuatkan saya tersentak,, setiap kali perkara sebegini berlaku, masing-masing orang akan respon dalam cara masing-masing,, ada yg sumpah seranah pintu biliknya tujuh keturunan,, ada juga yg melatah-latah dengan pelbagai jampi,, dan bermacam-macam bentuk lagi,,

Sedar atau tidak sebenarnya ,kita sebenarnya diketuk oleh sesuatu,,sesuatu yg kita selalunya terlepas pandang,, sepertimana saya, sewaktu fikiran melayang dalam solat, tiba-tiba saya diketuk dengan sepasang kaki yg memijak kepala saya sewaktu ingin bangun dari sujud,,

ketukan itu sering datang dan pergi,, ketukan untuk menegur kelalaian kita,, mungkin saja ada salah yg kita lakukan dan  kita agar kita tersentak dengan kesalahan dan maksiat yg kita lakukan sebelum ini,,

Cerita di Mesir

Beberapa bulan yg lepas,ummi dan abi ada mengirim baju sejuk,makanan dan beberapa buah buku saya yg belum sempat saya baca di Malaysia dulu,, Saya memberikan alamat rumah Selangor yg berhampiran dgn rumah saya setelah dicadang oleh kawan kerna berdasarkn pengalaman kawan2 disini lebih mudah utk pos barang ke kompleks rumah negeri di sini berbandng dgn pos ke alamat rumah,,

Jadi,dgn menggnkan khidmat pos udara (pos malaysia)  , ummi dan abi poskan satu bungkusan barang ke alamat tersebut,, setelah tempoh yg ditetapkan saya menjenguk ke rumah Selangor , tapi malangnya setelah beberapa mggu, barang tersebut masih belum sampai, pegawai rumah selangor mencadangkan utk pergi ke pejabat pos di 'Mahattah Asyir' atau di 'Raba`ah' , kalau2 ada di situ,, setelah ke Mahattah Asyir saya ke Raba`ah utk mencari bungkusan tersebut,,

Setelah sampai ke pejabat pos hijau yg agak usang itu, saya memberikan maklumat yg diperlukan kepada seorang pegawai yg bermisai tebal,,

`Pap!!' , satu pukulan singgah di dahi pegawai di situ sambil menghembuskan nafas kecewa ,,, rupanya bungkusan saya sudah berbulan sampai di situ tanpa sebarang notis dihantar kepada saya,, dan katanya bungkusan tersebut sudah berada di 'Ramsis', (kalau tak salah saya ibu pejabatnya) untuk dihantar pulang ke Malaysia keran tiada yg menuntut,,

Saya yg masih kebingungan dgn sistem di Mesir ni terus ke Ramsis ditemani seorang sahabat yg arif dgn tempat tersebut memandangkan saya belum pernah ke sana,, Dengan bayaran setengah junaih, kami menaiki 'tremco'  ke sana,, tremco adalah public transport yg sangat popular di Mesir ni, van biasa yg selalunya bewarna putih,, tremco juga terkenal dgn pemandunya yg sgt professional beraksi di jalan raya,, berderau juga darah sewaktu pertama kali mencuba,,

Kalau tak salah saya , Ramsis ni diambil sempena nama firaun,, dan di sini juga pusat berkumpul public transport,, Mujaddid agama, As Syahid Hasan Al-Banna juga ditembak disini,tapi saya masih belum menjumpai lokasi asal iaitu di sebuah lorong yg lurus,,ada  senior yg memberitahu lokasi tersebut, tapi masih belum sempat utk mencarinya,, Insya Allah suatu hari nanti akan saya jejak juga tempat bersejarah tersebut yg menjadi saksi tumpahnya darah seorang `hero` ummat  di abad ini,, nama beliau tak boleh disebut dengan bebas di sini, kerana tekanan dan cengkaman yg kuat dikenakan kepada pengikut dan gerakan yg diasaskannya,, memang itulah lumrah kebenaran,sering di uji,, biasanya kami akan sebut Pak Hasan bila berbual di tempat awam,,

Setibanya di sana, kami berjalan-jalan mencari "maktab barid"  tersebut,, setelah menyoal seorang pak arab akhirnya kami menjumpai pejabat pos yg berkali ganda besarnya,, dipendekkan cerita,kami berjumpa dgn pegawai yg berkenaan di tingkat empat dan menceritakan kepadanya apa yg berlaku dan sekeping kad merah dari pejabat pos di Raba`ah saya serahkan kepadanya,,terkapai-kapai juga pegawai tersebut nak faham bahsa arab kami,, 

Tetapi, malangnya setelah beliau mencari, rupanya barang tersebut masih belum sampai di situ dan sekarang berada dalam perjalanan ,, di pejabat pos di antara Raba`ah dan Ramsis,, dan katanya dia akan pastikan barang tersebut pulang ke Raba`ah dan saya perlu ke sana pada hari Sabtu yg seterusnya,, diringkaskan lagi sudah seminngu barang tersebut masih belum sampai,,dan sehingga sekarang,, saat saya menulis post ini,, itulah ketukan besar yg sedang saya hadapi,,

Bersyukur

Saya bersyukur kerna masih ada yg mengetuk pintu hati saya di saat diri ini lalai,, setiap ketukan itu pasti mempunyai mesej yg ingin disampaikan, cuma saya perlu mencari hikmah itu sendiri,, pastinya ia datang untuk mengingatkan saya dengan maksiat dan kelalaian saya selama ini,, saya sangat bersyukur kerna ketukan itu masih ada agar diri yg lemah ini sentiasa diingatkan,, dan pastinya apabila ketukan demi ketukan datang tanpa kita ambil ia sebagai teguran dari sang pencipta,, kita bimbang suatu masa nanti ketukan yg kecil menjadi besar ,, semakin besar dan akhirnya menjadi siksaan yg tak dapat kita gambarkan dahsyatnya,,

Itulah saat yg telah dijanjikan Allah ,, saat yg apabila seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya walaupun sehebat manapun kasih antara mereka,, sungguh hati ini resah mengingatkan hari itu,, tapi hati ini masih lalai dengan nikmat sementara ini,, ya Allah,,

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhamnu dan takutlah pada hari yang (ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sungguh janji Allah pasri benar , maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah"
( Luqman : 33)
                                                                                 

5 comments:

husnahamid said...

ketukan yang sering kita abaikan..?
*hari2 lalu dpan masjid..hari2 rse mcm dketuk..dpanggil..dtarik ke masjid..
tpi hari2 jgak pggilan tu dabaikan..
atas alasan tader mase..sibok..japg ta smpat bwat homework laaa..halnye ble one day tu rse mcam dtarik sangat g masjid..n at last pegi..siap je keje smua..n ktukan yg sering kita abaikan tu drasakan mcam satu rahmat..satu cahaya..yg slama ada dpan kita..tpi kita yang tamau pndang dy..SUBHANALLAH..

حسنى جميل said...

seringkali ketukan itu muncul
agar kita xlalai mengingatiNYA..

zorro said...

hanzalah, ketahuilah, kau hebat. :)

nn said...

bila da'i tidk mnjaga hatinya,maka rosaklah dirinya,t'ftnahlah islam krananya & runtuhlah dakwah d tangannya.saudaraku,kajayaan dakwah bukan tltak pd kepandain seorang da'i berkata-kata,ttp terletak pd keikhlasan & kebersihan hatinya."maka waspadailah hatimu selalu agr ia tslamat dr kekotoran nafsu y menipu"

a l h a n z a l a h said...

"maka waspadailah hatimu selalu agr ia tslamat dr kekotoran nafsu y menipu"


syukron atas peringatan ni,, moga satu hari nnti tahu sapa tu nn~