27 May 2009

hakikat kehidupan


Pada hari SPM diumumkan..


"Tahniah Mat!! Aku bangga dgn hang"
"Hang macam mana? Bapa A?"
"Syukur Alhamdulillah"

Beberapa minggu kemudian….


"weh, dpt mana Mat?"
"Syukur aku dapat biasiswa petronas ke Perancis"
"Wah, nanti dah smpai ke negara mat saleh nun ingat la kami kat sini, jangan lupa bawak balik cucok kodok Perancis!"


UJIAN


Tahniah!! Kepada semua rakan-rakanku di SBP Integrasi Kubang Pasu. Sedar tak sedar kita sudah menamatkan alam persekolahan yang penuh dengan memori tersendiri. Tanpa mengira apa pun keputusan yg kita peroleh, seharusnya kita menzahirkan kesyukuran kpd Nya. Setiap ketentuanNya pasti ada hikmah yg terselit bersama. Walau apa pun yg tertera pada kertas putih itu adalah sebenarnya ujian dari Allah. Jika sukses, apakah kita akan bersyukur atau jika sebaliknya adakah kita akan bersabar menerima qada` dan qadar Nya?


PILIHAN


Kita tidak dapat lari dari menerima hakikat kehidupan. Dari ribuan jurusan yg terdapat di IPT dalam atau luar negara, nak tak nak hanya satu yg akan dipilih walaupun IQ kita setanding Albert Einstein.


Kita juga perlu berhati-hati dalam membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan pelajaran dalam negara atau luar negara. Bukan isu pengalaman yg menunggu sahaja malah kedudukan budaya dan agama juga perlu diambil kira. Memilih jurusan hanya berdasarkan `habuan` (pendapatan) yg bakal diperoleh bukanlah langkah yg bijak. Sebaliknya minat yg mendalam perlu dijadikan asas kukuh yg akan memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala macam mehnah yg bakal timbul selama kita bergelar mahasiswa.


*Kepada rakan-rakan yg memilih IPTA utk melanjutkan pelajaran di IPTS, wajib bagi kalian utk memastikan setiap jurusan yg dipilih disahkan oleh Jabatan Akreditasi (www.mqa.gov.my/ )Negara atau kalian akan dibelenggu pelbagai masalah apabila ingin terjun ke alam pekerjaan kelak.


REALITI


"aku nak belajar bersungguh-sungguh supaya nanti aku berjaya"


Cetusan biasa yg kita dengar dari kanak-kanak di tadika mahupun sekolah rendah atau menengah. Mari kita sama-sama fikirkan, apakah yang dimaksudkan dengan `berjaya`??


"dapat straight A`s la", seorang anak muda memberikan pendapat.


"erm, dapat jadi manager syarikat.. boleh dapat duit banyak", seorang yang lain menjawab dengan yakin.


"hmm, rumah besar, kereta besar, tak dak hutang, lagi boleh melancong ke serata dunia", seorang lagi menambah.


Itulah hakikat. Kebanyakan orang hanya melihat kejayaan itu dengan pandangan materialistik. Memiliki segala bentuk kemewahan sudah dianggap berjaya.


KAYA


Cuba kita renungkan kembali, dengan duit kita yang mencecah jutaan ringgit dan harta yang bertimbun, dapatkah ia menjamin ketenangan dan kesenangan yang sebenar. Kereta 4 biji tapi boleh ke drive skali suma serentak? Nak kereta besar? Untuk apa? Melainkan hanya untuk membawa keluarga ke sana sini.. Fesyen? Nak berfesyen setakat mana? Fesyen mana yang tak pernah luput ditelen zaman? Baju emaskah ?


Setidak-tidaknya kemewahan yang kita miliki hanya mampu dinikmati mungkin dalam 70 tahun atau barangkali jika dikurniakan umur yang panjang, 90 tahun. Selepas itu? Boleh ke nak bawa masuk kubur? Mampukah kita nak meRASUAH malaikat dengan BMW atau cek RM5,000,000 ??


Justeru, kita perlu berfikir dengan lebih bijaksana. Dunia yang sementara atau akhirat yang selamanya. Tidak bermaksud untuk meninggalkan dunia secara total. Dunia ini jambatan ke akhirat. Tidak ada sebarang hadis atau ayat Al-Quran yang melarang kita menjadi kaya. Kaya yang bagaimana? Itu perlu difikirkan dari skop pandangan yang berteraskan landasan agama bukan nafsu semata.


DAKWAH @ PELAJARAN


Sememangnya dalam dunia kampus, kita seringkali disibukkan dengan kerja dan aktiviti persatuan yang tidak pernah sudah. Ditambah lagi dengan kerja-kerja kuliah yang kadang-kadang membuatkan kita tak tidur malam. Sedangkan nak `study` pun tak sempat apatah lagi berdakwah. Ini realiti.


`Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih` Jangan kita mencari seribu alasan untuk menolak tetapi carilah seribu jalan untuk membantu. Dakwah itu luas. Jangan disempitkan dengan pemikiran kolot.


Dalam konteks kita sebagai pelajar, kita perlu melihat dakwah dari sudut yang lebih kecil. Berbual-bual dengan kawan menuju bilik kuliah juga boleh dijadikan dakwah jika kena caranya. Pelajaran dan dakwah harus bergerak seiring agar beban pelajaran tak begitu dirasai. Yakinlah dengan bantuan Allah dalam firmanNya:


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan mu" (Muhammad : 7)

5 comments:

Anonymous said...

salam,
teruskanlah usaha mu dalam menyampaikan dakwah, jgnlah engkau berhenti selagimana engkau tidak merasai kemanisan dalam menegakkan kebenaran.. kalau engkau jatuh, jgnlah engkau takut, dan jgnlah engkau bersedih sesungguhnya allah bersamamu...jika engkau sedang diuji oleh allah, laluilah ia dgn redha dan ikhlas krn dgn ujian itulah kita dpt tahu sejauh mana tahap keimanan kita dgn allah.....
Firman allah: "org yg beriman itu apabila disebut nama dan sifatNya maka bergetarlah hati mereka.... "
adakah kita tergolong dalam golongan yg disebut oleh allah???
tepuk dada tanya iman...
*semoga allah merahmati hambanya yg berjihad di jalannya~ amin..
-akak-

nn said...

ssungguhnya dakwah wajib ad dlm dri stiap mukmin.tp,nk tnya mcm mn nk tingkatkn keupayaan dakwah dlam dri sdngkn dri hnya insn kerdil???kkdng kta thu dan nmpk bnda tu slh tp rs tkut dan mlu dlm diri msih mnenebal..

ibnu muslim said...

salam..thanks hanzalah sbb letak gambar ana skali kat atas tuh..hheh..ana pun dah stat blog..rajin2 lawat la..mabruk ya saddiqi..jazaakallahukhairankasir

alhanzalah said...

T0 nn : itulah kta ni terlalu lemah, sesama kta tgktkn kblehan kta dgn tarbyah! Wah, nak ckap mmg senang, mampukah aku, uhh..

husna said...

nn..btul 2..kdang2..sya pn mcm 2 jgak..tringin sngat nak nasihat sket2..wlaupn ilmu ni tak stinggi mane..tp pndangan n ckap2 stengah pihak mcm menghalang niat 2..trus tak jadi..keciknye hamba ni..nak brdakwah krnaNya pn..nk kne dengar ckap2 orng dlu..hanzalah..truskan usaha yg mcam nieh..nice 2 read..