25 May 2009

hasrat kerdil


"subhanallah..."
hati kecilku berdesis tanda kagum melihatkan kesungguhan da`ie-da`ie kontemporari dalam usaha menyampaikan dakwah mereka dalam pelbagai approach..

Dan yg paling menarik hati saya (mgkin sebab yg lain belum termampu lagi) adalah melalui blog. Tedetik juga di hati utk mempunyai sebuah blog sebagai medium dakwah (walaupun tak layak) dan tempat utk menzahirkan pendapat serta tempat utk melepaskan GERAM barangkali..

Untuk itu, cuti hujung sem 1 saya di Darul Quran ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. 28 oktober 2009 , tarikh keramat dalam hidupku dalam menyusun langkah untuk bersama-sama ust-ust dan sahabat-sahabat meneruskan perjuangan yg tiada noktah..

HARAP

Moga-moga dgn usaha yg kerdil ini dpt membantu menyampaikan mesej dan pengalaman yg mgkin berguna utk sahabat sahabiah sekalian. Mengetahui akan hadith nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud :

"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat.."(Riwayat Bukhari)

membuatkan saya terpanggil utk mencoretkan sesuatu yg termampu kerna ilmu secetek becak. Jika ingin tunggu diri sempurna, baru ingin berdakwah, alamatnya dakwah tak kemana. Tidak perlu tunggu diri sempurna kerana berkecimpung dalam dakwah juga sebenarnya merupakan satu proses pembelajaran dan dalam masa yg sama dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yg telah dipelajari .

KENAPA BLOG??

Secara peribadinya, saya merasakan bahawa ber`blog` dapat meningkatkan kemahiran menulis di samping memperbaik skil-skil penyampaian.

Sebagai mahasiswa ia adalah sesuatu yg praktikal sebelum menempuh dunia penulisan sebenar.

Kadar pembacaan akan meningkat serta merta.

Ingatan kita tehadap sesuatu fakta juga bertambah `strong` kerna kita meng`output` selepas fakta-fakta tersebut di`input`.

Melakar sejarah hidup yg mgkin berguna kelak terutama kpd anak cucu (erm...haha awal sgt tu).

SKEMA

"Ala, poyo giler.. tulih blog pun nak skema.."

"kerek rr bro.."

"Hmm.. erm... saya setuju!! so? "

"bantai je.."

Sikap yg sememangnya dah sebati dgn anak muda mutakhir ini. Memang tak dapat lari, kalau remaja semuanya `enjoy` , `rilek` , `lepak` , ` cool`.. Tetapi harus diingat, sejarah telah membuktikan mujadid-mujadid islam yg ulung tidak bermula di hujung senja..

Hasan Al-Banna memimpin Ikhwanul Muslimin seawal usia 24 tahun.

Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakhluk Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun yg membawa kpd kehancuran Empayar Byzantine.

Satu perbandingan yg melampau jika ingin diukur kehebatan kedua-dua tokoh di atas dgn kedhaifan kita , tetapi setidak-tidaknya kita mesti melangkah menuju ke arah itu. Sikap `acuh tak acuh` dan tidak serius dalam melakukan sesuatu tugas merupakan duri dalam daging yg bakal membantutkan kebangkitan islam seterusnya menidakkan tertegaknya khilafah islamiyah.

3 comments:

Teacher said...

Assalamu'alaikum..

Susunan kata-kata yang bagus, berhikmah dan matang..
InsyaAllah..teruskan usaha anda..

Keep on Blogging..=)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..

bagus ustaz hanz...menarik blog ni..
teruskan menulis n update fakta2 baru...
(-_-)....

nn said...

sesungguhnya islam apabila brada d penghujung usia mnjadi smakin asing d mata islam sndiri.oleh itu,kuatkn semangat bulatkn tekad utk terus sinarkn ISLAM ...takbir!!!!!!