22 August 2009

H1N1, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.


Saya dalam tren sekarang ini. Bermakna ini post saya yg kedua dari hanset. Jadi ribuan maaf dipohon andai ada sebarang kecacatan. Almaklumlah guna hanset ni byk ragamnya. Kali ini post saya berkaitan wabak yg paling `infamous` di saentaro dunia dgn kelajuan penyebarannya yg mengkagumkan. Saya dalam perjalanan pulang ke kampus setelah bercuti selama seminggu.

Terlalu ramai pelajar DQ yg demam. Walaupun tidak ada berita pelajar DQ yg positif H1N1 atau kekadang disebut Influenza A atau nama sopannya Selsema Khinzir, namun pihak pentadbiran membuat keputusan sebegini bagi mengelakkan kecelakaan yg lebih besar mungkin. Kebetulan saya pun terkena selsema ringan semasa di DQ lebih kurang 2 hari sebelum DQ ditutup. Jadi, mengambil langkah berjaga-jaga, saya dan beberapa rakan yg lain bergegas ke hospital berhampiran menaiki sebuah prebet bertayar empat utk mendapatkan ubat spt 'paracetamol'.

Sesampainya di hospital,saya dapati terlalu ramai manusia. Pelbagai golongan berhimpun utk mendptkn rawatan. Saya tidak pasti yg semuanya demam atau sakit lain,tapi menurut pemerhatian saya, majoritinya batuk dn selsema dan saya mengambil kesimpulan majoriti pesakit demam. Termasuklah pelajar2 DQ yg turut meramaikan hospital akibat demam.

Saya lihat kesemua kakitangan hospital memakai "mask" termasuk doktor, peg farmasi, nurse dan penjaga kaunter pendaftaran sekalipun! Timbul satu persolan di benak fikiran saya. Kenapa pihak hospital tidak memberi mask percuma sekurangnya satu kpd pesakit yg membanjiri hospital tersebut? Besar kemungkinan wabak berbahaya ini menular dlm kalangan pesakit sendiri. Seperti yg kita sedia maklum, mutakhir ini kebnykan hospital dn klinik dipenuhi pesakit. Mungkin yg demam biasa ber"inovasi" menjadi demam luar biasa setelah pulang dari dari hospital.

Adalah satu kesalahan jika kita ingin menghukum kakitangan hospital kerna yg sepatutnya bertanggungjawab adalah pihak kerajaan kita yg kita semua tahu sgt mendahulukan rakyatnya dn mengutamakan pencapaian!! Ya memang rakyat didahulukan.

Geli hati saya mengingatkan perbualan dgn seorang pak cik di kedai gunting rambut berhampiran dgn rumah saya. "ya,pemimpin kita memang mengutamakan rakyat. Kalau harga minyak naik, rakyat rasa dulu, kalau tambang naik, rakyat rasa dulu, dan pelbagai kalau lagi yg rakyat didahulukan termasuklah selsema khinzir ni pun rakyak rasa dulu" begitu kata pak cik tu. Saya hanya ketawa mendengar suntikan maut beliau. Dalam diam saya mengkagumi pendapatnya. Itulah hakikatnya.

Baiklah, sekarang mari berpindah tajuk. Sama-sama kita cari hikmah yg tersurat dan tersirat disebalik semua yg berlaku. Sepertimana kita diajar utk melihat hikmah di sebalik peristiwa yg berlaku pada kaum2 terdahulu dan seterusnya mengambil 'ibrah' iaitu pengajaran yg terselit pada setiap peristiwa yg berlaku. Seperti firman Allah di akhir Surah Yusuf


"Sungguh, pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi org yg mempunyai akal..."
(Surah Yusuf : 111)


Terdapat byk kisah yg menarik utk kita kaji bersama seperti kisah kaum Nabi Nuh yg diceratakan pada awal Surah Hud. Mereka mengingkari seruan Nabi Nuh yg mengajak beriman kpd Allah. Akibatnya mereka ditenggelamkan dalam satu banjir besar termasuklah beberapa ahli keluarganya yg turut sama menidakkan seruan Nabi Nuh. Begitu juga dengan kisah kaum 'Ad (Nabi Hud) , kaum Samud (Nabi Salleh) , kaum Nabi Lut , kaum Nabi Shu'aib dan juga kaum Nabi Musa. Mereka semua dibinasakan oleh Allah dgn pelbagai mcm bencana dan kecelakaan natijah dari keengganan mereka menyembah tuhan yg satu iaitu Allah. Kesemua kisah tersebut telah disusun oleh Allah dgn kemas dalam Surah Hud,iaitu surah yg tersusun sebagai surah yg ke-11 itu. Sahabat-sahabat bolehlah merujuk kisah-kisah tersebut di dalam al-Quran. Berikut saya nyatakan kedudukan kisah-kisah tersebut agar mudah dirujuk oleh kita semua kelak :
1. Kaum Nabi Nuh (Surah Hud : 25-48)
2. Kaum 'Ad, Nabi Hud (Surah Hud : 50-60)
3. Kaum Samud, Nabi Salleh ( Surah Hud : 61-68)
4. Kaum Nabi Lut (Surah Hud : 77-82)
5. Kaum Nabi Syu'aib (Surah Hud : 84-95)
6. Kaum Nabi Musa (Surah Hud : 96-99)


Terdapat sebab dan akibat dalam kisah -kisah tersebut yg mana sebab musabab turunnya bala drpd Allah adalah berpunca dari perbuatan mereka sendiri. Mari kita lihat ayat ini
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yg benar)" ~Surah Ar-Rum : 41~

[1 Malaysia,Syariat ditegakkan,Keadilan diutamakan]
SALAM RAMADHAN

7 comments:

bee said...

bukan kerajaan sahaja yang perlu dipersalahkan. nak melawan H1N1, semua orang perlu bertindak. ini bukan masa menuding jari terhadap mana-mana pihak.

memang kita jaguhnya, kerana apa? kerana rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan dan kebersihan. Nak batuk, tiada etika. Nak bersin, tidak tutup mulut. Rakyat sendiri tidak kisah mengenai perkara ini, bagaimana kerajaan mahu mengawal.

Sebenarnya, masalah ini berpunca daripada bawah. Di Tv, sudah muak dengan iklan penjagaan kebersihan yang bertindih-tindih. Tapi, apa yang kita buat? Cuma hiraukan... sedih...

Sekadar pendapat peribadi.

alhanzalah said...

Ya pendapat yg bernas! Disamping ikhtiar kita dgn pelbagai cara, juga seharusnya kita tidak lupa berdoa moga2 djauhkan dari ancaman wabak ini. Lebih2 lagi kita dlm bln Ramadhan yg sememangnya antara waktu terbaik utk berd0a ketika berpuasa. Mari kita lihat hadis ini :
"tiga golongan yg tidak ditolak doa mereka, pemimpin yg adil, org yg berpuasa hingga berbuka, dan org yg dizalimi"
(riwayat At-Tirmizi,3595)

afiquehidayat said...

aku xbace ape yg ko tulis..
but then,thank you sbb letak video aku kat blog ko..

bravo for me, bravo for u..
nice template ya akh fi ISLAM!

-->aku sdey kuar dq..huhu

faiq zaini said...

salam mr hanz..

prevention is btter than cure.
primum, non nocere.

aku said...

aku tak nak komen pe yg ko kata tp bg aku plak...baik kita tgok,apa baik yg kerajaan dh bagi pada kitee.
aku da ym ngan bdak mesir,jordan
suma ckp brsyukur gile jd rkyat msia,kemajuan dh tentu hebat wpun x standing korea jepun..kalu da yg sakit nk bsalin,accident..hospital yg serba caggih da..ambulan pny express..smpai keta len kena special jalankt die..tgok cmna kerajaan jaga kite..tgok palestin,betapa menderita rakyatnya..bkn nk salahkn pmimpin diorg sbb mmg diorg berusaha utk pulihkn negara..rakyat dia pon sama2 berusaha gak..so,kita pon kena tiru diorg la..sokong kerajaan..kalu salah betulkan dgan cara baik..kat palestin,sakit pun kna beratur tggu nk dptkan rawatn..kalu nk mati,mati kt situ la nampaknye..
JANGAN TANYA APA YG NEGARA BERI PADA KITA TAPI TANYA APA YG KITA BERI PADA NEGARA...maaplah aku ni patriotik tinggi sket..so kurang setuju la ngan pndapat ko...tapi ni blog ko..suke hatila..asalkan jgn krana mulut..ops jari badan binasa..maaf kalu terlanjur bahasa..hanya mengingatkan diri dan sesama hambaNYA..salam1 malaysia..

aku said...

sgt stuju dgh bee

alhanzalah said...

wah, bagus...
saya suka ada yg saling berbeza pendapat..
memang harus kita bersyukur..
jgn jadi laksana firaun..
betuk tu..

cumanya kita cba fikir apa yg spttnya berlku..
kalau ada kereta baru,kenapa masih kekal yg lama..

blog juga satu wadah berbincang isu sebegini..

Harapkan lagi pendapat sebegini..


Insya Allah lepas ni akan gna pendekatan yg lebih sesuai utk kerja `sebegini`...

Makasyih aku & nn..