04 October 2009

Transformasi hidup




"abang nak p oversea nanti... nak sambung blajaq kat luar negara..."

"erm, elok la tu.. nanti kalau umi ada duit boleh la umi p ngan abi lawat abg kat sana, umi teringin nak makan buah epal di bawah pokok epal tu..."

"boleh main salji, boleh naik kapal terbang.. huhu seronoknya.."

Begitulah kurang lebih situasi yg berlaku beberapa tahun dahulu. Sewaktu aku masih di sekolah rendah. Azam yg sangat tinggi untuk ke oversea menyambung pelajaran.Teringin sangat nak merantau..

Seolah-olah ke negara orang bermain salji itu lah puncak kegembiraan..
Seolah-olah naik kapal terbang dapat melihat daratan dari atas, dapat menembusi awan itulah keseronokan yg paling hebat dapat dicapai..
Seolah-olah dapat berjauhan dari keluarga, dapat keluar dari konkongan umi abi itulah kebebasan yg mutlak..

Disitu bermula imaginasi kanak-kanak...
Dari satu babak ke satu babak...
Yang semakin lama semakin panjang, semakin indah..


~kenangan terindah masa jamuan apa ntah x igt da~

Masa terus berlalu.. Hari ke hari.. Dari satu sekolah ke satu sekolah..
Dari satu exam ke satu exam.. Yang kecil semakin besar..
Yang rendah semakin tinggi..

Dari sekolah Al-Islah ke Yayasan Islam perlis ke SMKA Sik ke SBPI Kubang Pasu..
Bermacam peristiwa berlalu.. Terpahat dalam memori..

Tup..tup..

SPM selesai...
Fuh, sangat singkat hidup ni kan.. Cam tak percaya dah habis sekolah..

SPM diumumkan..
Dengan penuh bersemangat borang diisi. Bukan satu tapi seribu..
Dengan harapan y tinggi moga awan dapat dicapai.. Moga epal dapat dipetik dan dimakan disitu..

Menanti keputusan.. Debaran bergema.. Teruja melihat negara mana yg bakal aku jejaki.. Aku over confident yg aku akan ditawarkan ke mana-mana negara di eropah.. Akulah yg paling layak!

Tetapi segalanya berbeza...Harapan yg tinggi tiba-tiba menjunam...

"Harap maaf permohonan anda tidak berjaya..."

Itulah kalimat yg meragut perasaan merentap ketenangan.. Aku menaruh harapan yg sgt tinggi kpd MARA dgn keputusan aku yg aku kira layak utk diterima.. Macam mana boleh tak dapat? Aku pelik.. Umi dan abi mula resah.. Sepatutnya akulah yg pertama sekali dipilih.. Nasib dia tak tulih mcm ni :

"Harap maaf permohonan anda tidak berjaya. Sila cuba lagi"

Kalau ini lah yg tertera. Memang sampai kapan pun aku cuba! Nasib baik tak dak camtu..




~in memory~

Pantang menyerah!

Aku terus mencari tawaran dari tempat lain.. Kalau boleh semua borang yg ada aku nak isi.. Aku nak jugak fly ke luar negara..

Sime Darby,
Bank Negara,
Petronas,
NCB Holdings,
Yayasan Khazanah,
Yayasan UEM

Agak dahsyat kan.. Hmm, malangnya dalam byk2 tu hanya Petronas dan NCB Holdings yg menerima utk ditemu duga.. Aku berusaha berlakon selama 3 hari di UTP.. Mengharap peluang menjelma..

"sama ja belajar dalam negara atau luar negara,Malaysia pun ok apa.."
"buat apa nak p oversea? sekadar nak tengok negara orang?"
Hmm, betul tu tapi kalau berpeluang aku nak jugak mencari pengalaman d negara orang..
Beberapa minggu berlalu, kwn2 yg lain dah dapat.. Ditawarkan dgn jurusan yg dipilih..
Temuduga NCB Holdings pulak aku tolak kerna sebab aku ditawarkan dgn bidang pengurusan.. Mungkin bidang tu tidak menjadi keutamaan dalam pilihan ku..
Kenapa aku tak dapat? Sedangkan klw nak diikutkan logik aku lebih layak berbanding kwn2 lain yg resultnya kurang sikit daripada aku..

Rupanya ada yg lebih berkuasa..Ada yg lebih layak utk menentukan.. Ada yg lebih mengetahui baik dan buruk..

"aku merancang, dia juga merancang.. tapi, perancanganNYA maha hebat.."


Kekuatan semakin teruji apabila mendengar berita. Berita keberangkatan kawan-kawan sekepala ke Timur Tengah untuk menyambung pelajaran di sana. Banyaknya amik medic. Uh..cambez je medic..
Mahdi, Faiq, Mukmin, Wan Nabilah ke Jordan..
Faiz, Zikrilhalaim, Afiq Hidayat ke Egypt..
Amin ke Rusia....

~inilah Mahdi,sahabtku d ISLAH..berjuang d bumi Jordan~


Selamat Berjuang di bumi anbiya.. Moga kalian jadi pembela agama ini..
Kekadang aku pun terfikir dan termenung..menung yg panjang..
walaupun dah berusaha macam mana sekalioun,tapi kalau tak diizinkan tak kan terjadi perancangan kita..

Realiti itu sangat memberkas di jiwa.. satu pengalaman yg mematangkan..
"tak semua yg kita nak kita kan dapat dan tak semua yg kita dapat adalah yg kita nak"
Al- Quran pun ada ingatkan kita :

"..tetapi boleh jadi kamu tidak suka sesuatu itu, padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai susuatu itu, pdahal ia tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah : 216)

Aku cuba memahami...dan aku semakin faham..faham tentang putaran kehidupan..tentang transformasi kehidupan..

14 comments:

alhanzalah said...

* p/s : tulisan ni adalah tulisan terttunda.. sepatutnya di publish pada bulan 6 yg leoas.. kui kui.. x pa la noh..

mAd~TAU^^ said...

salam........maafkan sya sedara......
apakah kelebihan sahabat2 kita yang berjuang di luar negara ???
sehinggakan saudara kempunan sangat??? ( curious)
sya tahu sedara akan fly.....
saya tahu JAUH PERJALANAN , LUAS PENGALAMAN

sedangkan di sini ....pelbagai kejayaan bleh ditempa.....pelbagai peluang bleh direbut......adakah sedara terasa mcam terdapat kelebihan ke luar negara........

sila beri reason yang SOLID.....
utk menambah pengetahuan sya

sekian

afiquehidayat said...

kpd alhanzalah:

insyaAllah,sandarkan cita2 itu pada Allah...
tiada kecewa di perjalanan hidup kita, tiada pula putus asa,
tapi sebaliknya membaiki diri dalam menjadi khalifah di bumi Allah..

lihat update blog ana ttg azhar~

kpd mad~TAU,

belajar di negara orang byk kelebihan,
dan se SOLID mana pun alasan yg di beri,kalau anda tidak merasai lagi,
anda tidak sepatutnya hanya mampu bercakap,
belajar di 'sini' pelbagai kejayaanboleh ditempa..

perlu di ingat,bukan kejayaan yg perlu kita tagih, tapi juga pengalaman hidup yg lebih2 berharga.

anda pernah kene marah dgn mat arab? pernah rasa bagaimana susah nk komunikasi dgn bangsa lain disekeliling, naik van sesak dgn berlari lps tunggu 2-3jam utk van?

maaf,
cara anda tanya cukup provokasi,
bukan ingin mendalami sbb...

wslm

aliF_miM said...

salam...situasi kita agak sama...punya impian y sma...mencari pengalaman di rantau org...tp Allah lbih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya...sedikit kepahitan yg diberikan akan membuahkan kemanisan yang xterhingga...cuma perlukan sedikit kesabaran dan ketabahan utk kita lbih dkt dgnNya...:)

Anonymous said...

kat Mesir peluang blajar Diniah byk, moga balik nanti jadi Protaz (Professional + Ustaz) spt Dr Danial (www.mindasuper.com), Dr Jamnul Azhar, Kapt Hafiz Firdaus dll.

filzah said...

salam ziarah. tersinggah di sini dan terdetik nk tgglkan jejak sikit.

kami tgk sini, masing2 cuba nak tunjukkan blajaq kt tmpat masing2 lebih baik. baik di sini atau di sana, semuanyaaa baik, dik. dekat sini pun buleh dpt pengalaman yg org kt sana x dpt. org sini pun sudah maklum lah x sama dgn pengalaman org di sana kan.. tp masing2 akan dpt pengalaman belajar tuh. insyaAllah. niat tu yg penting.

x salah nak simpan hajat. kami pun penah simpan hajat. dh dpt peluang pun, cumanya Allah lebih tahu mana yg lbh baik utk kami. cuma kena redha. sbb tuh niat blajaq tuh penting. supaya x rasa down sgt kalau x dpt pa yg dihajat.

kalau x dpt skrg, mgkin dpt nnt, insyaAllah. andaikata nnt pun x dpt, yg x dpt tuh lah sbnrnya yg baik utk ampa. okeh. :)

salam dr bekas senior..kot. :D

kahfi8 said...

salaam akh,

walau di mana pun kita berada, inshaAllah bumi ini tetap akan subur dengan dakwah anta...

in tansurullaaha yansurkum.. =)

alhanzalah said...

>TO MAT TAU
haha weh awat serius sgt ni, takut aku..
xda la aku serius sgt pon..
juz nak cite penglaman lama ja..
tapi,memang sama ja luar or dalam..
masing masing ada kelebihan tersendiri..
suma bergantung pd diri kita jgk kan.. tapi, aku yakin ko kat malaysia pun dah tip top mengalahkan mat saleh lgi..
huhu =D

rozailiaswan said...

Terharu saat mata meneliti setiap baris ayat ini.
fikiran kembali terkenang suasana di KLIA , Shah Alam dan Kuwait.

Mmg dari kecik , apa yang diimpikan insyaAllah akn dpt tp slps SPM bermulanya saat dimana ayat baqarah ;216 mula menjadi penawar dan meneguh kembali tekad dan niat lebih2 lagi setelah berada di Bumi Ambiya' ini.

Mmg betul pengalaman adalah guru yg terbaik. Kita lebih faham jika kita yg merasainya.

~fittaufiq wannajah di bumi kinanah~
~Allah lebih faqih apa yg terbaik bg hambanya~

Anonymous said...

To afiquehidayat:
Anda berkata bergitu kerana anda anda berda di dunia anbiya.YEs anda pernah belajaq kt Mlaysia tpi x bermakna kt Malaysia pun x mmpu mnimba pengalaman.Tidak bermakna kt malaysia xda kesulitan,xbermakna kt malaysia xda kesusahan.Laen tempat laen pengalamannya.maaf,kata2 anda membuat saya terasa kerana saya memilih untuk belajaq di dalam malaysia instead of overc..stiap orang ada sebbnya.So bg saya klo anda lebh skong untuk belajaq over c xperlulah anda menyatakan bahawa "dan se SOLID mana pun alasan yg di beri,kalau anda tidak merasai lagi,
anda tidak sepatutnya hanya mampu bercakap,
belajar di 'sini' pelbagai kejayaanboleh ditempa..".kata2 anda cukup tajam.Ya saya tahu anda penah merasai belajar di malaysia.Tapi berapa lamakah persoalanya?bg sya mad tau hanya mahu mengetahui..maaf

Anonymous said...

Ana cemburu dgn nta..hati kecik ana amat cmburu..ana bcite2 ke ngara eropah..tp xapa, allah letak ana d sni ada hkmah. Doa kn ana tawn dpn. hehe...troskan bjuang shbt ku..

Asif said...

Ana cemburu dgn nta..hati kecik ana amat cmburu..ana bcite2 ke ngara eropah..tp xapa, allah letak ana d sni ada hkmah. Doa kn ana tawn dpn. hehe...troskan bjuang shbt ku..

~HuSnA ZuBiR~ said...

salam semua..pelbagai perkongsian di sini eh..membuatkan saya tertarik utk komen jugak...

sy stuju dgn hanzalah..mna2 sma sja..ade klbihan msing2..y bljr di luar ngra..bersyukurlh..y tidak berpeluang, berdoa lah byk2..rezeki Allah itu ikut mna pon ada..

topup Amal ibadat..perbanyakkan solat dhuha dan solat mlm..insylh, dimurahkan rezeki..

xsmstinya, xdpt bljr di luar ngra bmksud xdapat ke sana slma2 nya...anjakkan lgi paradigma anda..mungkin, Allah ingin memberi y lebih baik..mana tau suatu hari, dpt jdi duta....bukan stkt bljr kt luar ngara, malah, dpat tinggal trus di sna....

SSUNGGUHNYA DIALAH YNG MAHA MENGETAHUI... :D

alhanzalah said...

To: Asif
Ya syekh ana merindui semngat ilmiah nta. Ternyata di sini x sama di sana. Suasana ilmiah d DQ sgt hebat. Ana d sni pn masih mencari-cari sumber smngat mcm nta. Susah nk cari, yakinlah..

yakinlah bahawa semua kejadian ada rahsia. Rahsia yg x diketahui oleh org yg biasa-biasa. Rahsia yg dikuasai olehNya. Bukan mudah utk memahami tapi sgt indah bila dirasai.

Banyak benda yg kita x sangka dan x pernah terfikir.

kenapa kita di disini dan disana?
kenapa kita perlu lalui itu dan ini? Sebabnya dalah begitu dan begini.

Begitu dan benililah yg perlu kita singkapi dan fahami. `Fahaman` itu kelak membuat kita iman kita lebih teguh kpd pencipta `sebab`.

ya,Yakinlah dengan rahsia hikmah!!

Doakan mudah-mudahan kita mendapat `fahaman` itu..