15 November 2009

Kenapa sangat pahit?

 
bersama pemuda arab, sebelum perlawanan Egypt-Nigeria bermula~

1)Alhamdulillah, dah mencecah sebulan setengah di bumi kinanah. Sudah semakin mudah berinteraksi dgn arabian di sini. Cumanya, masih belum dapat berbual panjang dengan mereka. Sekadar bertegur sapa dan bertanya soalan-soalan pendek sahaja.


2)Hari ini, perlawanan antara Mesir dan Algeria. Natijahnya Mesir menang 2-0. Kesemua orang arab di sini diserang satu macam wabak. Dari golongan muda sehingga tua disahkan dijangkiti secara serentak. Secara tiba-tiba, seluruh kota Kaherah ini bingit dgn bunyi teriakan dan hon kenderaan. Didapati, anak-anak muda berlari di tgh2 jalan tanpa arah sambil menjerit-jerit. Puncanya kemungkinan besar akibat mendapat rasa `gembira` secara mengejut.


3)Aku sudah mula menyertai kelas bahasa arab dan beberapa kelas agama yg kesemuanya diajar oleh orang melayu. Rasa di hati ingin saja mencari syekh arab utk menadah ilmu, tetapi apakan daya belum terdaya. Mungkin bila bahasa dapat dikuasai, ilmu datang mencari.


4)Kami serumah dilaporkan semakin pandai memasak. Masuk bulan ini pelbagai resipi baru telah di cuba. Antaranya, kami berjaya membuat pizza dan karipap. Selain itu, nasi lemak dan mee kari turut menjadi hidangan. Puncanya, setelah rumah kami berjaya dilengkapi dgn internet, kami mendapati masih byk resipi yg belum dicuba terdapat di internet. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dapat dimakan  =D


Sedikit luahan,harap tak segan :


___________________________________________________________________


Situasi 1


“ aduh, malasnya nak baca Quran.. esok jelah.. penat sgt hari ni…” aku mengeluh
“alah, sekejap je pun, 5 minit je..lepas tu kau tido la puas-puas..” hati kecil ku menjawab
“tak elok la baca waktu letih, nanti tak boleh focus.. kanke kita ken abaca dengan penuh bertajwid dan bersungguh-sungguh.. masa masih panjang.. esok pun ada lagi..”


……………………………………………………................………………………………………………………


Situasi 2
“allahu akbar..alllahu akbar….”
“uhh, dah azan..  betul ke muazzin nie? Aku baru ja nak terlelap.. erm, pening plak kepala ni…” keluhan ini
“rugi weh,solat jemaah kan dapat 27 kali ganda.. lagipun Allah dah janji dapat lindungan arasyNya bagi pemuda yg hatinya terikat dgn masjid..”
“betul..betul..betul.. tapi, kalau solat tak khusyu` kan tak bagus.. japgi waktu maghrib aku pi la..”
………………………………………………………………..............……………………………………………..


Situasi 3
“hello,hanzalah..ko tau kan malam ni ada blaja kitab tauhid kat surau belakang tu.. ko pegi x?”
“erm..aaa… erm… insya Allah.. aku cuba pergi…ok..ok..assalamualaikum(telepon diletak)”
“hmm, macam mana nak pegi ni, malam ni aku nak siapkan report bio.. lagipun ustaz tu tak best la.. boring siot …nanti kalau ada ustaz best aku p la…” (monolog sendiri)
………………………………………………………………………....................…………………………………….


Penjelasan
Senang kan nak cipta alasan..


Ni lah antara keluhan kita..atau mungkin keluhan aku sendiri..
Tapikan kenapa lah terasa berat sangat nak buat suma nie..
Sedangkan roh kebaikan selalu ja datang menyapa..
Tanpa disedari,roh mulia yg datang membisik, dgn mudah ditepis oleh nafsu..
Sedangkan, kalau chatting mudah plak kita bangun..
Walau kekadang balik umah dah sgt letih,tapi bila tetiba `buzz` muncul, automatic mengantuk tadi hilang.


 Kalau ditanya “nak ke masuk syurga?”..
Dengan muka yakin menjawab “eh,mestilah..suma org pun nak masuk..kan Allah kan Maha penyayang..”
Nak sgt kan masuk syurga,tapi rasa berat sgt nak beramal..
Diingatkan dosa kita,rasa macam tak layak ja nak masuk syurga..
Tapi,kalau bukan syurga ke mana lagi?
Uhh,serius weh, panas mancis pun aku tak tahan, ntahlah mcm mana panas NERAKA?
Tapikan, dalam al-Quran ada tertulis,
 
“Tetapi barang siapa bertobat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima tobatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”  (Al-Maidah:39)


Dah banyak ayat yg menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita..


Dalam sebuah hadith juga ada menyebut,


"setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yg melakukan kesalahan adalah yg segera bertaubat"


Ini jelas menunjukkan bahawa anda, saya dan dia pernah melakukan kesalahan yg membawa kepada dosa. Cumanya beza antara orang yg bersalah adalah `taubatnya`. Seharusnya kita melihat hadith ini sebagai satu motivasi. Tidak perlu kita rasa seperti putus dari rahmat Allah setelah melakukan dosa dan akhirnya terus-menerus melakukan dosa tanpa bertaubat. Allah itu maha Pengampun.


Ada satu kata-kata yang menarik untuk saya kongsikan di sini:
"Allah give and forgive, mans get and forget"


Inilah sikap kita yg sangat sombong dan susah untuk bertaubat. Sedangkan Ar-Rahman terus-menerus memberi kita rezeki dan segala macam nikmat sehinggakan kita dapat lakukan apa yg kita sedang lakukan sekarang.


Allah sentiasa menunggu taubat hambanya..Tinggal lagi kita yg tak pernah menghargai..


"Ya Allah ya Tuhanku,engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yg menjadikanku dan aku hambamu dan aku tidak mampu menunaikan perjanjianmu semampuku, aku berlindung diri dgn Engkau daro kejahatan yg aku lakukan, aku mengaku dgn Engkau akan dosaku dan aku mengaku dgn Engkau akan nikmatmu ke atasku, maka ampunulah aku, sesungguhnya tiada yg dapat mengampuni dosa selain Engkau.."


“Bila ditanya kenapa perjuangan itu pahit?
Jawabnya kerna SYURGA itu manis….”


6 comments:

Aimi Hannani said...

Teruskan perjuangan dlm menuntut ilmu..
Perasaan malas dpt diubati dgn mengubati hati..
Zikir & Fikir..^_^

a l h a n z a l a h said...

Syukron jazilan..
HATI adalah segalanya kan..
nantikan hati kita yg akan dinilai..
tapi sekarang, orang kita x jaga hati pun..
jaga badan dan muka yg lebih..
Waduh, kena try jgak jaga hati ni!
Kene usaha jugak ubat hati ni..!

Anonymous said...

komentar yg ckup bernas untuk diterjemahkan di dalam kehidupan sebagai wadah perjuangan yang sejati...
istiqamahlah dalam perjuangan..

basit said...

maaf lah,anonymous tue ana.. baru 1st time bg komen..msh bru dgn techonolgy..

a l h a n z a l a h said...

makasyih ya sudi melawat..

lama kita x merantau bersama..
ntah bila plan kita terbumi..
teruskan usaha memperkasakan bidang ekonomi umat yg semakin malap nampaknya..

*raya haji nie jemput mai umah, ada la roti arab.. kot nak rasa yg ori.. huhu.. =D

basit said...

mungkin masa terlalu mencemburui persahabatan kita...
terlalu singkat masa untuk menggarap impian bersama..

namun betul lah wadah yang disisirkan,belum tentu yang kita mahukan itu kita dpt,namu belum tentu yang kita dpt itu dalah perkara yang kita inginkan...

ianya ckup bermakna jika dpt diimplimentasikan didalam analogi kehidupan kita...

pengembaraan baru bermula,setiap langkah yang hadir itu pasti disulami dengan ranjau yang belum pernah kita kenali akannya,pun begitu ia pasti menanti kita..

ingat...
jadikan ilmu itu sebagai alat yakni untuk perjuangan mu..
bukan dijadikan sebagai matlamatmu..

salam perjuangan dan persahabatan dari bumi malaysia...