20 October 2010

Random Photos 2010

 

Assalamualaikum kawan-kawan, apa khabar semua ? Maaf sangat,sangat sangat sebab dah berkurun tak update blog ni,, dan sudah pun berjaya cipta rekod baru , hampir setahun blog ini dibiar usang,, post kali ni bakal mewarnai kembali blog ini Insya ALlah, niat di hati memang nak post macam-macam, tapi semua tak diizinNya, maka terjadilah apa yang terjadi, harapnya anda semua masih sudi singgah di sini lagi ya,,, =)

  Gambar di atas adalah cubaan pertama saya snap gambar jenis

28 June 2010

Syoknya jadi Doctor !!

Sudah hampir sebulan aku tidak update laman ini dek kerana sibuk dengan `final exam` tahun pertama di Azhar ini. Alhamdulillah, histology, physiology,anatomy dan biochemistry sudah selesai dengan jayanya. Peperiksaan pertama di universiti, ternyata jauh berbeza dengan peperiksaan di sekolah menengnah dulu. Segalanya bergantung pada kekuatan diri kita sendiri untuk `survive`. Lebih lagi

01 June 2010

Ah, nampaknya rejim Zionis semakin biadap !

Walaupun final exam masih berbaki beberapa paper, tapi ingin juga saya mencuri sedikit masa untuk berkongsi sedikit-sebanyak tentang misi kemanusiaan dunia terhadap Palestin yang sedang diancam rejim Zionis laknatullah !

1. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang paling besar dalam sejarah untuk menghentikan pengepungan Israel terhadap bumi Palestin yang telah bermaharajalela sekian lama.Ia dinamakan "Freedom Flotilla" dan gabungan beberapa NGO di Malaysia dinamakan

01 May 2010

"Final exam" dan nikmat yang diabaikan



Exam final sudah dekat !!  Exam dah dekat !!

Untuk kali pertamanya saya akan menempuh peperiksaan akhir tahun buat kali pertama setelah bergelar seorang pelajar perubatan.

Peperiksaan ini bakal menetukan sama ada saya layak atau tidak untuk menerima biasiswa JPA untuk tahun kedua dan seterusnya. Untuk tahun pertama ini semua perbelanjaan ditanggung ummi dan abi juga ditambah sedikit duit zakat. Agak berat juga sebenarnya bagi ummi dan abi untuk menanggung perbelanjaan saya di sini memandangkan adik-adik saya  juga memerlukan kos yang tinggi kerana bersekolah di sekolah swasta. Ini semua ummi dan abi lakukan semata-mata untuk memastikan kami adik-beradik mendapat didikan agama dan tarbiyah yang terbaik sebagai persediaan untuk

30 March 2010

Aku semakin tua!

  Bismillah,

Sudah lebih setengah tahun aku berada di bumi ini, bumi yang diberkati ini. Masa terasa begitu cepat berlalu. 6 bulan yang berlalu itu jika dikenang seolah-olah masaku yg dibazirkan lebih banyak daripada yg dimanfaatkan.  Ahh, inilah aku yang bernama Hanzalah . Masih terleka dengan dunia nya yang dia sendiri hanya sementara.

Inilah kali pertama aku menyambut hari lahir di tanah orang. Tidak ada perasaan lain melainkan penyesalan dengan masa yang telah Allah berikan selama ini tidak ku manfaatkan sepenuhnya. Setiap hari yang berlalu berulang-ulang. Bangun pagi, ke kuliah, makan, tidur dan esoknya rutin yang sama berulang lagi dan lagi.Begitu kita diajar dengan kehidupan. Sesekali bertukar dengan pergi melancong di mana-mana. Itulah  "Kehidupan seorang manusia  biasa".

07 February 2010

Ketukan yang sering kita abai

Alhamdulillah, sudah 4 bulan lebih saya berada di Mesir. Bermacam ragam manusia yg ada di sini nampaknya sudah semakin sebati dengan diri saya. Apapun yang berlaku , harapnya ia menjadi kenangan dan pengajaran buat bekalan hari-hari mendatang sebagai seorang perantau,,

Mula-mula nak mintak maaf kepada semua pembaca blog ini terutama kepada ummi dan abi juga adik-adik tersayang yg dah beberapa kali tanya, juga kepada sahabat-sahabat dan guru-guru tercinta di sana,, mintak maaf sangat2 sebab dalam masa terdekat x dapat fokus utk menulis, nak kata sibuk tak juga,, masih mencari-cari rentak,,