01 May 2010

"Final exam" dan nikmat yang diabaikan



Exam final sudah dekat !!  Exam dah dekat !!

Untuk kali pertamanya saya akan menempuh peperiksaan akhir tahun buat kali pertama setelah bergelar seorang pelajar perubatan.

Peperiksaan ini bakal menetukan sama ada saya layak atau tidak untuk menerima biasiswa JPA untuk tahun kedua dan seterusnya. Untuk tahun pertama ini semua perbelanjaan ditanggung ummi dan abi juga ditambah sedikit duit zakat. Agak berat juga sebenarnya bagi ummi dan abi untuk menanggung perbelanjaan saya di sini memandangkan adik-adik saya  juga memerlukan kos yang tinggi kerana bersekolah di sekolah swasta. Ini semua ummi dan abi lakukan semata-mata untuk memastikan kami adik-beradik mendapat didikan agama dan tarbiyah yang terbaik sebagai persediaan untuk
mengharungi hidup ini.

Sebagai abang, saya dapat merasakan betapa peritnya ummi dan abi untuk membesar dan mendidik kami adik-beradik. Walaupun ummi dan abi mampu untuk menggunakan wang gaji bulanan itu untuk membeli rumah dan kereta besar tetapi tarbiyah kami anak-anak tetap diutamakan walaupun terpaksa berbelanja besar . Semoga pelaburan ummi dan abi berbaloi Insya Allah. 

"   kepada semua kawan-kawan mintak tolong doakan saya dalam exam yg mendatang ni, mintak maaf zahir dan batin  andai ada salah silap,bila exam dah dekat study tak seberapa rasa cuak mula timbul , bak kata orang kedah kata ketaq atau kecut perut "
 
 Baiklah, sekarang mari kita baca satu cerita. Cerita  ini adalah email yg difowardkan oleh ayahandaku, dan dengan rasa endah diri saya nak kongsikan bersama sahabat sekalian semoga bermanfaat untuk semua. Bacalah dengan hati yg tenang.

__________________________________________________________________________________

Selamat Sejahtera
 
 Assalammualaikum WBT

 Nikmat Kesihatan

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari KuwaitAyah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya. 




Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
 
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya  dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.

 





Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim


Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
 
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.

 

 Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


 Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
 
 Syeikh  Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
 

Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
 

 Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
 

 Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
 

Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
 
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?

Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .

Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya  di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah. 

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. 

Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ? 







7 comments:

nurulhusnazubir said...

all the best in exam! masya Allah...sungguh bsr kurniaan Allah, smpai kdg tlupa bhw itu adlh nikmat driNya..

btw, suka gaya pcritaan anta..simple..xdela nk kna bc byk2..huhu..keep it up~

Afie Superb said...

two thumbs up!

a l h a n z a l a h said...

to husna: sebenarnya agak malas nak menaip,, sebab malas dn sebab masa terhad nk exam,,

masa muda ni la nk kena manfaatkan pun,,, nnti dah tua baru nk mula p masjid,, uhh dah berat dah,, dgn penyakit yg bermacam ragam,memang payah,,

nurulhusnazubir said...

three thumbs up! all the best..aku pon nk xm 19hb mei

a said...

uy

zayyad said...

salam. sorry sebab tak ucap gud luck untuk exm.emm. kami dah habis DQ hari ni.alhamdulillah. hbs jgak setahun stgh kat sini.mungkin 3 org ja kot yg smbung dkt azhar trmasuk hamdi & ridhwan

Anonymous said...

moga saudara berjaya..