Untuk kali pertamanya saya akan menempuh peperiksaan akhir tahun buat kali pertama setelah bergelar seorang pelajar perubatan.
mengharungi hidup ini.
Sebagai abang, saya dapat merasakan betapa peritnya ummi dan abi untuk membesar dan mendidik kami adik-beradik. Walaupun ummi dan abi mampu untuk menggunakan wang gaji bulanan itu untuk membeli rumah dan kereta besar tetapi tarbiyah kami anak-anak tetap diutamakan walaupun terpaksa berbelanja besar . Semoga pelaburan ummi dan abi berbaloi Insya Allah.
" kepada semua kawan-kawan mintak tolong doakan saya dalam exam yg mendatang ni, mintak maaf zahir dan batin andai ada salah silap,bila exam dah dekat study tak seberapa rasa cuak mula timbul , bak kata orang kedah kata ketaq atau kecut perut "
Baiklah, sekarang mari kita baca satu cerita. Cerita ini adalah email yg difowardkan oleh ayahandaku, dan dengan rasa endah diri saya nak kongsikan bersama sahabat sekalian semoga bermanfaat untuk semua. Bacalah dengan hati yg tenang.
__________________________________________________________________________________
Selamat Sejahtera
Assalammualaikum WBT
Nikmat Kesihatan
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar . Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. |
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
7 comments:
all the best in exam! masya Allah...sungguh bsr kurniaan Allah, smpai kdg tlupa bhw itu adlh nikmat driNya..
btw, suka gaya pcritaan anta..simple..xdela nk kna bc byk2..huhu..keep it up~
two thumbs up!
to husna: sebenarnya agak malas nak menaip,, sebab malas dn sebab masa terhad nk exam,,
masa muda ni la nk kena manfaatkan pun,,, nnti dah tua baru nk mula p masjid,, uhh dah berat dah,, dgn penyakit yg bermacam ragam,memang payah,,
three thumbs up! all the best..aku pon nk xm 19hb mei
uy
salam. sorry sebab tak ucap gud luck untuk exm.emm. kami dah habis DQ hari ni.alhamdulillah. hbs jgak setahun stgh kat sini.mungkin 3 org ja kot yg smbung dkt azhar trmasuk hamdi & ridhwan
moga saudara berjaya..
Post a Comment