25 November 2009

Amin dan atuknya (ibadah korban)

Amin: atuk, apa yang atuk nak buat dengan lembu tu atuk..besarnye hidung dia kan atuk..

Atuk: comel kan lembu ni Amin. lembu ni yang atuk nak buat korban esok..

Amin: atuk atuk kenapa hari raya korban ni ramai orang nak sembelih lembu ya atuk? 
 
Atuk: itu namanya ibadah korban.Dari segi istilah syara` korban itu bermaksud sembelihan binatang tertentu yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dalam al-Quran pun ada menyebut

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

Amin: kenapa pulak kene buat korban ni atuk, kanke boleh ja sembelih cam biase?



Atuk: ye boleh, tapi hikmah pensyariatan ibadah korban adalah untuk menghidupkan kembali sunnah Nabi Ibrahim yang telah diuji Allah

Amin: Hmm, apa yang Allah uji Nabi Ibrahim tu atuk?

Atuk: Nabi Ibrahim tu diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Lalu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sangat taat terus akur akan perintah Allah. Tapi disebabkan sifat Pemurah dan Penyayang, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy disaat Nabi Ibrahim hampir menyembelih anak kesayangannya itu.

Amin: huh, nasib baik, kalau tak, kesian Nabi Ismail kena sembelih dengan ayah sendiri kan atuk. Semua orang wajib buat ibadah korban tu ke atuk?

Atuk: Isy, kamu ni, bukanlah sampai hukum wajib. Hukumnya adalah sunat muakkad. Ia juga menjadi satu syiar dalam agama kita dan sepatutnya kita berusaha untuk memeliharanya. Tapi cucu kena ingat, ia boleh menjadi wajib dalam dua keadaan:

1)Apabila seseorang itu mengisyaratkan kepada lembu,kambing atau unta miliknya dengan melafazkan "binatang ini akan aku jadikan binatang korbanku" (ayat boleh dalam pelbagai versi yg sama maksud). Dengan ucapan ini, maka hukum wajib jatuh ke atasnya. Tapi, bagi yang hanya berniat tanpa melafazkan ia tidaklah menjadi wajib.

2)Apabila seseorang itu bernazar untuk melaksanakan ibadah korban. Ini sudah tentu wajib dan termasuk juga apa-apa amalan baik yg telah dinazar, semua menjadi wajib.

Amin: wah, macam tu ke atuk, kalau cam tu maknanya kita tak boleh cakap kuat-kuat yang kita nak buat korban lembu kita tu atuk kan.

Atuk: ya betul tu,bijak bijak. Tapi tak salah kita nak isytihar macam tu , cumanya kita wajib lakukan ibadah korban tersebut bila sampai waktunya.

Amin: ooo.. macam tu... semua jenis lembu boleh buat korban ke atuk, tak kira warna dan saiz ke atuk.

Atuk: bukan sahaja semua jenis lembu, malahan semua jenis kembing dan unta serta kerbau yang termasuk dalam jenis haiwan ternakkan sama ada jantan atau betina. Tapi Amin kena ingat, tidak boleh kita jadikan korban binatang yang liar macam rusa, seladang dan lembu jenis liar. 

Amin: lembu macam dalam tv tu ke atuk, yang kejar kain merah tu.. lembu tu memang garang.. takut Amin tengok lembu tu..

Atuk: lebih kurang macam tu lah Amin, satu lagi yang atuk nak bagitau Amin adalah syarat-syarat binatang korban yang atuk sebut tadi.Antaranya adalah:

1)Haiwan mestilah dalam kategori haiwan ternakan,
2)Haiwan tersebut mestilah cukup umur

> unta : tidak kurang 5 tahun dan menjangkau masuk umur 6 tahun
> lembu dan kambing biasa : tidak kurang 2 tahun dam menjangkau masuk umur 3 tahun
> kambing biri-biri: tidak kurang dari 1 tahun dan menjangkau masuk 2 tahun
*kecuali kambing biri-biri yang matang yang dapat dipastikan dengan melihat pada gugur giginya.

3)Haiwan tu juga mestilah tiada sebarang `aib. `Aib ni maksudnya binatang tersebut mestilah sempurna lagi baik. `Aib yang boleh mengurangkan daging lebih lagi tidak boleh sebab tujuan korban itu ialah kerna dagingnya.

Amin: hermm, banyak lagi Amin kena belajar ni..tapi atuk , Amin tengok ada lembu yang mengandung, boleh ke kita sembelih lembu yang mengndung tu atuk.. macam mana dengan anaknya nanti atuk.

Atuk: anaknya itu termasuk dalam ibadah korban, walaupun anaknya itu hidup setelah disembelih ibunya, anak lembu itu pun kena sembelih selepas itu..

Amin: huh, macam tu ke atuk, kesian kat anak lembu tu kan atuk, tapi lebih baik kita sembelih ja sebab hukum-hakam mengajar kita macam tu.. tak gitu atuk..

Atuk: Hahaha, pandai sungguh cucu atuk ni. Kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan kita kerna bimbang terlanggar hukum-hakam agama. Sekarang ni, ramai yang tidak tahu hukum-hakam dan buat sesuatu itu ikut fikiran sendiri tanpa merujuk ahli-ahli agama yang sepatutnya.
 
Amin: betul tu atuk, Amin pun dah semakin runsing dengan masyarakat kita hari ini. Nanti Amin besar, Amin nak belajar agama sungguh-sungguh. Amin nak jadi ustaz macam atuk. Amin nak bantu masyarakat kita ni atuk..

Atuk: baguslah tu Amin, atuk harap sangat cucu atuk ni menjadi orang yang dapat membantu agama kita ini..

Amin: kalau bukan kita , siapa lagi kan atuk.. hihi..

Atuk: ye la tu Amin.. hah sudah-sudah.. dah malam ni, baik Amin pergi masuk tidur dulu, esok nak tengok atuk sembelih lembu pulak..

_________________________________________________

Cerita tersebut adalah terjemahan dari kuliah yang saya ikuti beberapa hari lepas. Saya ringkaskan dan cerapkan dalam kisah Amin dan atuknya. Moga-moga mudah difahami. Sila rujuk kepada ustaz-ustaz untuk mendapat input yang lebih lengkap. Sekiranya ada sebarang kesilapan lekas-lekas beritahu saya ya.. 

4 comments:

basit said...

you are in the right time to write about it.. really exciting story,and i'm enjoy it... keep it up..

farah said...

betullah...kengkadang geramgak tengok orang sekarang...tak tahu tapi wat tahu....tak mau nak rujuk yang lebih pakar sebab anggap diri tu hebat...tak taulah nak cakap apa...cnth macam isu doa qunut ada kata wajib la...sunatla...tak buat pon x pala...kalau lepas gantilah....macam2 ragam khalifah masa kini...entah apa akan jadi pada dunia

Anonymous said...

pokoknya ilmu kena dipelajari, dlm Islam ada yg Qat'ie (tetap) spt bab Aqidah dan Ijtihadi (boleh berbeza)spt bab fekah sbb tu ada lebih dr satu mazhab, cth bab feqah sebaiknya kita tahu hujah/nas sesatu pandangan & saling hormat menghormati dlm beramal kerna semuanya betul selagi ada sandaran hujah/nas.

Anonymous said...

Hi,
This website http://www.ExchangeRateUSD.com Exchange Rate has latest

multi-language currency exchange widget and currency converter widget
which you can select your display timezone and color for your
blog and website ! Enjoy it!