30 March 2010

Aku semakin tua!

  Bismillah,

Sudah lebih setengah tahun aku berada di bumi ini, bumi yang diberkati ini. Masa terasa begitu cepat berlalu. 6 bulan yang berlalu itu jika dikenang seolah-olah masaku yg dibazirkan lebih banyak daripada yg dimanfaatkan.  Ahh, inilah aku yang bernama Hanzalah . Masih terleka dengan dunia nya yang dia sendiri hanya sementara.

Inilah kali pertama aku menyambut hari lahir di tanah orang. Tidak ada perasaan lain melainkan penyesalan dengan masa yang telah Allah berikan selama ini tidak ku manfaatkan sepenuhnya. Setiap hari yang berlalu berulang-ulang. Bangun pagi, ke kuliah, makan, tidur dan esoknya rutin yang sama berulang lagi dan lagi.Begitu kita diajar dengan kehidupan. Sesekali bertukar dengan pergi melancong di mana-mana. Itulah  "Kehidupan seorang manusia  biasa".


Khas buat umi dan abi

Umi abi, terima kasih bebanyak sebab ummi dan abi dah mendidik dan membesarkan diri ini sehingga menjangkau umur 19 tahun, umur yang sepatutnya sudah mampu merancang masa depan. Terima kasih sebab dah memahamkan tentang kehidupan, erti hidup ini sebagai hamba. Ummi dan abi berharap agar sulungnya ini menjadi oarang yang mampu memberi sumbangan agamanya. Tetapi terasa hasrat itu terlalu tinggi buat diri yang lemah ini. uhh,

Selalu, kalau aku gagal dalam sesuatu perkara umi dan abi akan cakap

"tak pa umi ngan abi tau yang abang dah buat yang terbaik, tak pa umi ngan abi redha, mungkin ada hikmah , kita hanya mampu berusaha"


Sudah acap kali ayat ini diulang. Walaupun ayat ini tanda redha, tapi abang tahu jauh di sudut hati ummi dan abi tahu yang anaknya mampu buat lebih baik tetapi hasrat itu dipendam dan terus menaruh harapan. Sudahpasti sepanjang 19 tahun ini banyak kekhilafan yang berlaku. Maafkan abang,, Insya Allah, hasrat umi dan abi akan tetap abang junjung walaupun tahu yg ia sangat berat bagi diri ini.


Khas buat sahabat


Pertamanya syukron pada semua yang susah payah ucap birthday kali ni, sama ada melalui masej atau "mukabuku". Rasa terharu bercampur rasa bersalah sebab selalu terlupa nak ucap kat kawan-kawan. Maaf lah bebanyak noh~

 menunggu bas bersama Head Depertment of Anatomy , Al-Azhar Univ, Prof Wahid Yousry

Terima kasih juga kerna telah memberi rasa selama ini. Menegur dan menasihati diri yang sering lalai. Tanpa kalian sudah pasti tiada rasa dalam hidup ini. Pelbagai rasa bercampur menjadikan hidangan yang terbaik dalam hidup ini. Bermula perjalananku di AL-ISLAH , dan seterusnya di SMKAS , SBPIKP, DARUL QURAN dan akhirnya di Mesir.

Jika nak disebutkan nama sudah pasti meleleh-leleh entry ini, cukup sahaja disebutkan tempat kita bertemu.Sungguh rasa rindu pada kalian bila kenangkan saat bersama. Kini masing-masing menerusakan cita-cita dalam bidang yang pelbagai dan aku sering berangan-angan suatu hari nanti , apabila kita semua sudah berada di lapangan kerja masing-masing, kita dapat memberi sumbangan pasa agama dan ummat ini bersama-sama. Alangkah indahnya jika saat itu menjadi nyata. Kita punya jaringan yang sangat besar untuk menymbang pada bidang kita tersendiri.

Kita perlu tahu dan faham kenapa kita hidup sekarang dan di sini? adakah kita diciptakan dan diprogramkan ? diprogamkan dengan satu jalan cerita yang sama?

Perjalanan hidup manusia

Bermula dengan teriakan pertama, kerna rasa terharu pertama kali dapat melihat dunia. Kita menangis lagi bila melihat wajah ibu dan ayah. Si ayah tersenyum pada Si ibu tanda gembira.

"Alhamdulillah, akhirnya sayang selamat melahirkan anak  lelaki kita yg pertama. semoga dia menjadi anak yg baik kelak", begitu bisik Si ayah pada Si ibu sambil medukung anaknya yang sudah tertidur.

Hari demi hari si anak membesar, sudah pandai belajar berjalan dan bercakap. Si ibu dan ayah membesarkan si anak dengan penuh kasih sayang . Masa terus berlalu. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan akhirnya berjaya masuk ke universiti. Setelah 5 tahun , si anak berjaya dan memasuki alam perkerjaan.



Si anak ingin menjadi lebih dewasa, lalu seorang wanita dipilih untuk menjadi teman hidupnya. Si anak hidup bahagia dengan isterinya, dan setelah beberapa ketika tangisan baru pula didengari. Si anak tersenyum gembira kerana sudah menjadi si ayah, si ibu dan si ayahnya juga tersengih menampakkan giginya yg sudah longgar tanda terharu menjadi nenek dan atuk.

Hari- demi hari berlalu . Rambut yang hitam menjadi putih, muka yang licin pun mula berkedut. Dan akhirnya malaikat maut yang tidak pernah leka akan tugasnya datang menjemput tanpa cepat dan lewat sesaat pun.

Maka berakhirlah kehihupan seorang manusia, yang diakhiri dengan kematian. Begitu lebih kurang putaran hidup manusia. Hidupnya tidak lebih dari solat 5 waktu, bekerja untuk menyara kelurga dan memastikan ibu bapanya terjaga. Tidak ada rasa ingin melakukan perubahan pada agama dan masyaraktnya ini. Jika begini corakhidup nabi kita, sudah pasti Islam tidak akan sampai pada kita.  Persoalannya sekarang terlontar pada diri ini, adakah krornologi yang sama akan berulang ??


Lastly,
Buat diri ni, moaga kau sedar yang umur semakin bertambah , tanggungjawab semakin banyak, semakin dekat dengan kubur dan sepatutnya semakin dekat dengan masjid, dengan Al-Quran , dengan Allah. Semakin bertambah amal kebaikan, semakin berkurang dosa dan maksiat. Ingat , sejarah itu perlu dicipta, bukan diulang lagi.  Sebagai peringatan buat hamba yang hina ini : (Diriwayatkan oleh Tirmidzi, hadis 18 dari matan Arbai`n)


"Takutlah engkau kepada Allah di mana sahaja engkau berada, dan tegahlah sesuatu kejahatan itu dengan kebaikan, ia pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik " 

*p/s : mengharapkan teguran dan nasihat dari pembaca sekalian,
tapi kalau nk bagi hadiah pun x kisah,, huhu =D

5 comments:

حسنى جميل said...

~happy belated besday~

a l h a n z a l a h said...

tq,,sambut di Mesir ni cam sedih je,, teringat sahabat2 di DQ yg selalu meriah sambut b.day~

arsal74 said...

Selamat Hari Jadi... celebrate ngan roti arab erk? :-D

a l h a n z a l a h said...

uihh,, kalau nk sambut ngan roti arab confirm x dk org nk mai,, roti arab kat sini x sama ngan roti arab di Malaysia,, kat sini suma jenis roti jadi roti arab, huhu~ kok cgu nak rasa , nnti saya pos, tapi bila sampai dah x jadi roti la,,

Anonymous said...

selamat hari lahir!
ingat! kejar dunia utk akhirat ye?