28 June 2010

Syoknya jadi Doctor !!

Sudah hampir sebulan aku tidak update laman ini dek kerana sibuk dengan `final exam` tahun pertama di Azhar ini. Alhamdulillah, histology, physiology,anatomy dan biochemistry sudah selesai dengan jayanya. Peperiksaan pertama di universiti, ternyata jauh berbeza dengan peperiksaan di sekolah menengnah dulu. Segalanya bergantung pada kekuatan diri kita sendiri untuk `survive`. Lebih lagi
sebagai sebagai student medic yang bagi saya sangat mencabar.



Segalanya berlalu dengan lancar dan mengikut perancangan, tetapi semangat untuk study masih belum stabil. Terkadang naik dan terkadang turun persis mutiara hidup kita yang namanya IMAN.

Syukur,semuanya telah selesai 2 minggu yang lalu. Sekarang saya sibuk belajar bahasa arab. Markaz Eqraa menjadi pilihan saya untuk mendalami bahasa arab. Kelas 4 hari seminggu , 3 jam sehari. Alhamdulillah, sangat seronok belajar di situ. Mohon doanya agar semua berjalan lancar.
__________________________________________________________________________________

Kerjaya sebagai seorang doctor sangat menarik kerana kita dapat memehami tubuh kita sendiri.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya pergi ke klinik buat kali pertama di Mesir.

Cerita bermula apabila kawan saya mengalami beberapa symptom pelik setelah beliau makan panadol berlebihan.

Sesampai di klinik, saya terus ke kaunter dan setelah beberapa penjelasan tentang penyakit kawan saya ini, penjaga kaunter tersebut meminta bayaran sebanyak LE 25. Saya mengalami rasa sedikit terkejut kerana biasanya bayaran akan dibuat setelah selesai semua urusan. Huhu, agak pelik sistem di Mesir ni.

Setelah itu saya dan kawan saya dibawa ke tempat menunngu. Apabila tiba giliran kami, saya masuk ke bilik doktor meninggalkan kawan saya di luar . Maka terjadilah perbualan seperti di bawah :

"err, doctor my friend has several symptom of paracetamol overdose, he had take a lot of paracetamol "  aku mulakan bicara

"when he took them? " 
balas doktor tersebut ingin kepastian

" erm, last two days"

" take him in"

Seterusnya doktor mencapai sphygmomanometer dan sthetoscope untuk mengukur tekanan darah. Sebenarnya, cara untuk mengambil blood pressure telah pun dipelajari alat pun ada di rumah, tapi tak terfikir pulak ambil dia punya blood pressure .

" how about his systole and diastole ? " 
saya bertanya

" his blood pressure okay, systole is 130 and diastole is 90 " 
jawab doktor dengan tenang. 

Alhamdulillah masih dalam range yang normal.

Setelah itu doktor mengarahkan kawan saya berbaring dan doktor menekan-nekan beberapa bahagian pada abdomen untuk memeriksa sama ada terdapat kesakitan pada liver atau tidak.

Doktor meneruskan diagnosis dengan menekan pada bahagian leher dan memeriksan heart beat .

Usai doktor memeriksa beliau, doktor menerangkan semua keputusan diagnosisnya pada saya.Saya hanya mengangguk-angguk lagak seorang doktor yang faham keputusan diagnosis tersebut, walhal sikit sahaja yang faham, itu bahagian yang pernah disentuh Prof di dalam kuliah.

"the diagnose has confirm that he has paracetamol overdose , he has some problems in bla bla bla,,,," 
doktor menerangkan dengan tenang.

"what about his liver? does he has hepatocellular necrosis ? " 
saya bertanya penuh yakin
"oh no,  dont worry his liver still in good condition, Alhamdulillah " 

"what about haematemesis and blood came out from his nose ? "

" erm, this is due to some irritation in his stomach, dont worry , i`ll give medicine that will make him better Insya Allah "



Setelah mendapatkan prescription , saya mengucapkan terima kasih pada doktor muda tersebut. Saya tersenyum pada beliau sambil hati saya berbisik :
"subhanallah, seronoknya jadi doktor "
 Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik ciptaan , sistem tubuh badan kita yang sangat kompleks ini tak mudah untuk kita fahamiseluruhnya, tetapi Allah mempermudahkan segelintir hambaNya untuk faham sedikit dari sistem tersebut bagi membantu merawat manusia yang lain. Itulah kerja seorang doktor ~ cerita ditambah sedikit perasa bagi menyedapkan rasa.

*p/s : belajar medik ni sangat menarik , sebab tu ramai yang tertidur dalam kuliah sebab terpesona akan ciptaanNya, termasuklah aku,sering mengkagumi ciptaanNya dalam kuliah,, huhu






16 comments:

aminaim said...

hanz, congrate.
a lot of improvement..
fight till end bro..
pray 4 us...;)

stylo r story hg...
paling best part is kat 'p/s'..hehe

yui said...

abg hanzalah terer...exam no hal punya...uhuhu

tringin nak tanya abg mcm2 sal keadaan kat situ....dok tanya gak abg nasir sblum ni... tp tah la...risau camna tah...

all n all kiranya besz la ea kat c2?


http://sesedaporen.blogspot.com

fArhAnA said...

dari dulu memang nak amek medic, tapi bila bab nak ingat segala jenis name, terus cancel!hehe

a l h a n z a l a h said...

to afnan:
oh pak nan, lama x jumpa hg, nanti kita p makan kt langgar noh,, isk2, rindu kt hg

to yui92 :
ada yg best ada yg x best, dimana pun kita semua bergantung atas diri kita,, apapun huhu, syukur masih hidup

to farhana :
erm,bab yg hapai tu satu cabaran la jugak, haha kami kt sini, mcm2 formula kluaq sebab nk igt punya pasai~

Unknown said...

medic mmg best...penah masuk kuliah medik n lepas tu baru sedar medik ni buat kita untuk lebih mencintai Allah..

asif said...

barakallahu fiik. seronok tngk anta gembira..

all d best di sana..

a l h a n z a l a h said...

to aqmar :
itulah yang sepatutnya, tapi iman ni yg yazid wa yanqus tak menjamin kita sentiasa dalam zon "taqwa" walau apa pun yg kita pelajari,,

to asif ;
ya akhi asif, rindu sama semangat intelektual nta, harap dapat momentum mcm nta, moga nta terus maju demi Islam !!

mAd~TAU^^ said...

YESS berul ....setuju SANGAAATTTT
memang best jadi doktor .sebb tu la sya dulu hafal buku bio....sbb memnag leh improve badan kita ....sumua system kita leh jaga n boleh meningkatkan daya kesihatan diri^^.............lama x dengar berita dari kamu ......apapun saya doakan KAMU SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT.............moga anda sentiasa dirahmati ALLAHH amin.........satu lagi saya tau kamu seorang yang pantas berfikir dan suka bersaing.........OLEH ITU APA YANG TERBAIK dari kamu adalah luar jangkaan sya^^........be THE BEST .....HELP the REST..........CONTINUE UR CRUSADE^^

a l h a n z a l a h said...

amboih, MAT TAU, x yah nk ber'kamu-kamu' dgn aku ,
lawak pulak aku baca komen hang, nyway, ko pn sama la MAT TAU noh,,
susah nk jumpa org yg punya semngat mcm hang,, Doakan kejayaan kita bersama ~

Anonymous said...

slalu follow story saudara kat mesir..pernah terdetik nk continue ngan medik lps spm ni, tp niat 2 terkadang muncul terkadang pergi..apa2pun, kembara hidup saudara kat sna sdikit sbyk mnaikkn smgt sy dsni..doakan spm sy thn ni dan semoga saudara berjaya!

Asma' said...

Alhamdulillah, Allah know the best for us. nta dah dapat apa yg terbaik buat diri nta iaitu menjadi doktor. kagum... dulu,klu pegi klinik mybe nta just diam je without asking anything about sakit tu.skrg, bleh tny lagi bab2 tkanan darah,liver or whatever. Alhamdulillah,it's good to be a medicine student. moga najah kt sna..^^

n_n said...

salam..
-teruskan usaha
-moga dikuatkan kaki untuk terus melangkah =)
"dan orang2 yang berjihad untuk(mencari keredhaan)Kami,sungguh akan Kami tunjukkan jalan2 Kami" (al-Ankabut:69)..
Insya ALLAH.Hanya Allah lah Dzat yang Maha Agung,bagiNya segala puji

FadzilahMamat said...

Hi.. nice blog!

Tetiba rasa minat nak jadi doktor jugak.. hehehe..

Zida said...

insyaAllah saya ingin mengikut jejak langkah bro. doakan saya ye ! :)

NidzamYatimiRamli said...

semoga berjaya ye bakal doktor..!!

Anonymous said...

salam..
alhamdulillah...
ur story a little bit i'm understand..
teringin nak jd doktor..tp x mampu lgi..
nurse to be la plak..
wateva u do...hope u'll get success..
never gve up...@.@