Alhamdulillah,akhirnya genap sebulan saya berada di bumi anbiya ni setelah perbincangan yg memeningkan. Sebulan yg sangat bermakna. Pelbagai ragam peristiwa silih berganti. Peristiwa yg mematangkan dan meletihkan. Bermula dari hari pertama saya ke airport KLIA hinggalah saya menjejakkan kaki ke Univ tertua Al-Azhar, setiap saat yg berlalu menitikkan seribu satu macam
kenangan.
MAAF YA
Maaf lah kepada rakan-rakan yg menunggu entry baru. Banyak perkara yg perlu diselesaikan sepanjang sebulan ini. Syukur semuanya semakin baik. Rumah yg selesa berhampiran masjid dan jiran-jiran siswa melayu yg sangat perihatin cukup melegakan saya.
Rumah kami sudah lengkap. Proses melengkapkan rumah dgn `wireless` sudah pun selesai. Masalah utk berkomunikasi amat jelas terasa. Sungguhpun ada egyptian yg pandai berbahasa inggeris, tapi loghat nya agak sukar difahami.
KULIAH
Sudah lebih sebulan kuliah `tib azhar` bermula. Biasanya kuliah bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 230 petang. Perjalanan dari rumah saya yg terletak di Hayyu Asyir ke Jamaah Al-Azhar menelan masa lebih kurang 20 minit dan ke atas sekiranya sesak. Di bandar Cairo (Kaherah) ni seolah macam KL kalau nak dibandingkan dgn Malaysia dari segi kesesakan. Dari segi lain mmg jauh berbeza. Pernah juga beberapa kali tersalah bas. dan lewat ke kuliah. Jadi terpaksa ambil teksi utk ke kuliah.
Biasanya pelajar di sini ke kuliah menaiki bas atau `eltremco`.Ada juga yg membeli motosikal, tak mahal pun, beberapa ribu ja. Macam pernah dgr kan `eltremco`. Bukanlah jenama sos tapi perkhidmatan van macam bas mini gitu. Pengangkutan awam di sini sgt bagus. `Eltremco` sgt banyak ke merata pelusuk Mesir. Bersepah-sepah di jalan membuat bising
`tiiiiiiiiint...piiiin.....poooon.....`
Fuh,first time dgr bunyi hon macam nak luruh jantung terkejut. Dah semakin biasa. Sekarang dengar bunyi hon dah macam satu irama menemani kami ke kuliah seharian. Kalau pak arab ni, biarlah kereta seburuk mana pun tapi hon mesti tip top. Kekadang boleh dibuat main, hon sepanjang jalan. Hmm, macam-macam... Sebab tu ramai sahabat yg kata `Mesir? you expect the worse`
"amino acid can aktazan acid and aktazan base", Prof menerangkan
"apa lah yg prof ni cakap?",melengung sendirian
saya mengambil masa beberapa hari utk memahami bait ini setelah berpuluh kali diulang oleh prof.
Rupanya
"aktazan acid" = "act as an acid "
Secara overall pensyarah di sini sangat bagus. Terang dengan bersungguh-sungguh. Dia akan ulang sampai kita faham, sepuluh kali pun tak kisah. tinggal lagi kita yg akan segan. Yang menariknya, pensyarah di sini majoritinya penulis buku dan akan mengajar menggunakan bukunya sendiri.

Kuliah 3 hari seminggu dan berselang seli dgn 3 hari praktikal. Memang banyak praktikal. Kalau madah `Anatomy`, kami akan menghadap mayat 2 kali seminggu. Setiap teori yg diajar dalam minggu tu akan terus praktikal dgn mayat. Boleh pegang sendiri bahagian yg kita belajar dalam bilik kuliah. Fuh, memula memang semangat nak jumpa mayat. Tapi sekarang dah semakin biasa bermain dengan mayat. Hari pertama praktikal anatomy agak terkejut sebab boleh main dengan mayat sesuka hati. Beleklah apa yg boleh. Dari kepala sampai ke kaki dah belek. Tak nampak darah ok lagi, kalau dah nampak darah nanti `jenuh` jgk. ( jenuh = susah atau apa-apa yg berkaitan )
Di sini mata wangnya dipanggil `junaih`. Sedap kan bunyinya. Tapi arab ami sebut `genih`. Suma yg ada huruf jim ditukar huruf ga. Itulah yg jadi pelik sikit bunyinya. Bahasa arab ami ni maksudnya loghat sini. Contoh macam ore kelate la, kecek kelate, gitu deh.. Tapi lagi bagus kalau kita usaha nak guna arab `fushah`. Imam Hasan Al-banna pun ada menyarankan sebegitu. Fuh,nama tu sangat bahaya disebut di sini. Kami panggil Pak Cik Hasan ja, sebab kerajaan di sini perang habis-hasbisan gerakan ni. Ada jgk kes pelajar indon yg ditangkap oleh polis. Tak pasti sangat apa puncanya, tapi yg pasti ada kaitan jgk dgn benda ni. Kena berhati-hati sikit di sini.

Wah,ini lah ashir (jus) yg sgt terkenal dgn kelazatannya. Kalau sesapa yg baca ayat-ayat cinta tu mesti tahu ashir manju. Memang kaw-kaw punya jus. Tak da tambah air langsung. Nanti kalau sesapa nak order bulih la.. Segenih satu. Nanti tulis sekali alamat untuk di pos.(huhu)
BERDIKARI
Sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Bangun pagi dah tersedia sarapan. Semuanya ummi yg buatkan. Kelengkapan abi yg belikan. Semua urusan, ummi dan abi yg mudahkan.
Sekarang lain, bila bangun awal pagi siapkan sarapan untuk ahli bait, terasa juga macam mana tanggungjawab membesarkan anak. ( ni serius ni, jgn gelak pulak )
Bila ke pasar membeli ikan dan sayur teringat macam mana susahnya ummi dan abi membesarkan anaknya ini.
Bila buat `budget` rumah, duit sewa, duit bil air, bil elektrik, bil internet, duit untuk kelengkapan dapur, tambang ke jamaah, teringat macam mana peritnya ummi dan abi bekerja mencari duit untuk anaknya ini.
Sekarang baru saya dapat gambaran. Gambaran yg lebih jelas mcm mana susahnya nak pelihara seorang anak. Macam tu lah jugak peritnya bila si ibu dan si bapa rasa bila anaknya tak mendengar kata. Sebelum ini buat gambaran sendiri. Buat andaian sendiri. Tapi, bila rasa sendiri baru faham.
Kekadang bagi kita di asrama atau di IPT, tak bercakap dgn parent seminggu dua perkara biasa kan. Tapi, kanke lebih baik kalau semggu sekali kita call tanya khabar. Mesti sejuk hati mak pak kita kan. Kalau lah kita sedar, sekarang kita di IPT, lepas graduate kita nak kerja dan dirikan rumah tangga.
Jadi, masa kita ngan parent dah tak sama macam dulu, sewaktu kita kecil. Alhamdulillah, sekarang bila dah ada `wifi` di rumah, mudah nak bertanya khabar ummi dan abi. Sebelum ni, semggu sekali akan ke cc utk melepaskan rindu. Hmm, kita dah besar dan matang. Sepatutnya hubungan ngan abi dan ummi lebih besar dan matang.
UJIAN
Sebelum ke Mesir,saya dah terbayang macam mana keadaan di Mesir.
Keadaannya yg berhabuk,
kemudahan awan tak setanding Malaysia,
budaya arab yg kasar dan keras,
serabut dan bersepah,
dan beberapa lagi.
Bila tiba di Mesir, semua sama seperti yg dibayangkan. Kecuali satu, sewaktu di Malaysia saya membayangkan arab ni dressing nya ok. Yang perempuannya semua berjubah dan berpurdah. Tapi bila sampai ja di sini. Masya Allah, dressing muda-mudinya, sungguh menggugat iman. Beyond expectationIni semua pengaruh media terutama media massa. Saya pernah ke rumah kawan yg ada TV. Stesyen TV di sini mencecah seribu. Macam-macam ada, Alhamdulillah rumah kami tak dak TV. Hmm, ujian di sini.. Tak perlulah nak dihuraikan dalam blog ini. Sebab tu lah pelajar melayu di sini ramai yg kahwin awal. Untuk menjaga diri katanya. Memang itupun yg dianjurakan agama setelah berpuasa kan. Hmm, Pilihan bijak! ( ok ok enough...no question allowed =D )
GAMBAR
Ni antara gambar yg sempat di snap sepanjang di sini. Post kali ini banyak gambaq, menurut permintaan kekawan di Malaysia termasuklah sesanak saudara.
napa slow sgt, boleh laju lagi x?
Inilah tempat Fahri belajar~
kalau x dgr bunyi hon, anda bukan di Mesir~
permandangan indah di Mesir~
dilengkapi dgn air-cond~
dont give up doc~
masjid Jamaah Al-Azhar
Ini `sauq sairot` pasar kerata terpakai, just in front of my house~
cheap and sweet~
tu dia burger arab, setengah nyawa nak habiskan~
jiran satu imarah~
ni muka chef-chef terlatih~
ummi,anak ummi dah pandai masak~
Ya baba izzaiyak?
tingkat atas sebelah kanan,iman teruji utk ke masjid ~
perjalanan masih jauh....~