09 June 2013

Konspirasi Vaksin



Jika saya bukan dari jurusan perubatan dan tidak belajar mengenai vaksinasi pasti mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang tersebar di internet mengenai vaksinasi. Saya tidak menyokong dan tidak menentang penggunaan vaksinasi, cuma ada beberapa perkara yang perlu untuk sama-sama kita cakna.

1. Madu, habbatus sauda, dan lain-lain supplemen boleh menguatkan imunisasi badan tetapi tidak menghasilkan immune yang spesifik kepada penyakit tertentu. Mengambil vaksin tidak bermaksud anda tidak percaya pada Nabi dan begitu sebaliknya.

2. Tahukah anda semenjak zaman berzaman, penggunaan ubat telah menyebabkan bakteria, virus dan penyakit berevolusi menjadi lebih "resistant" dan lebih berbahaya. Kita sekarang hidup di zaman ini.

3. Betul, setiap ubat dan vaksin dihasilkan dengan kajian berpuluh-puluh tahun malah mungkin ratusan masih ada side effect masing-masing. Ia dibuat bukan bertujuan untuk mencacatkan anak anda, dan kita tidak boleh hukum rambang setiap side effect.

4. Setiap penyakit berbeza, jauh berbeza. Ibu bapa perlu rujuk pada Dr pakar untuk mengetahui side effect setiap vaksin, apa risiko jika tidak ambil. Setiap vaksin ada side effect dan risiko yang spesifik.

5. Vaksin haram ? Setiap ubat dan vaksin sangat meluas sumber dan bahan kandungannya, tidak boleh pukul rata halal dan haram sesuatu vaksin. Apa nama vaksin tersebut? Adakah di Malaysia juga menggunakan vaksin yang sama? Adakah alternatif untuk vaksin tersebut ?

6. Mostly Dr pakar sibuk dan tiada masa yang cukup untuk membuat kempen kesedaran tentang vaksin dengan maklumat yang lengkap jika dibandingkan dengan kempen anti-vaksin yang kebanyakannya meluas dengan sangkaan tanpa maklumat yang spesifik. Jadi sila rujuk pakar.

7. Gaya hidup, pemakanan, persekitaran banyak mempengaruhi sebab musabab dan risiko sesuatu penyakit. Tidak boleh pukul rata :

"anak dia tak ambil vaksin pun boleh hidup sampai sekarang"
"tengok anak dia ambil vaksin, kan dah kena dyslexia"

Adakah dyslexia itu disebabkan oleh vaksin atau congenital (sejak lahir) tetapi hanya disedari apabila anaknya bersekolah.

8. Sila baca, kaji dan rujuk pada Dr pakar. Jika kita tidak mampu untuk memahami semua, sila dapatkan nasihat doktor.

Doktor pakar "know everything about something not everything about everything"

9. Amalan gaya pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, dan menjaga kebersihan adalah imunsasi paling berkesan. Namun tidak bermakna anda tidak perlukan vaksin dan tidak juga vaksin memadam semua keperluan itu.

10. Vaksin dibuat untuk penyakit berjangkit demi kemaslahatan komuniti bukan hanya untuk anak kita sahaja. Sayangkan anak perlu diimbangi dengan maslahat orang awam dan perlu didasari pengetahuan yang cukup. Bukan semudah memilih madu habbatus sauda atau vaksin. Juga perlu faham antara sayangkan anak sekarang atau 20 tahun akan datang.

Jika bergelar seorang doktor dan mempunyai anak comel yang disayangi saya juga perlu melalui proses pembelajaran yang sama seperti anda demi masa depan anak saya.

11. Saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran dan maklumat yang tepat untuk sama memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan vaksinansi. Sebarang cemuhan atau perlian dari doktor, juga eksperesi emosi sayangkan anak masing-masing tidak memberi pengetahuan tambahan pada masyarakat.

10. Saya tengah study exam final tahun 4 perubatan dan bukan Doktor, jauh sekali pakar. 

" kita bernafas dengan udara yang sama, hidup di bumi yang sama tetapi kita idamkan kesihatan yang sama "

Hanzalah Mizi

2 comments:

Anonymous said...

Ikut cara islam yg sebenar adalah lebih baik dari meniru pemikiran dan segala idea dan pandangan barat... dunia akhir zaman mmg camni... percayakan pegangan barat khususnya ilmu kedoktoran... tinggi lagi ilmu yg nabi kita ajarkan utk ummatnya... renung2kan...

Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)
Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Abu Zaid said...

Buat anonymous di atas.

Vaksin bukan ciptaan barat. Jika semua yang barat itu buruk, usah gunakan komputer dan teknologi lain. Sebab realitinya teknologi ini semua berasal daripada kajian mereka.

Adakah Islam sejumud itu?

Vaksin secara asasnya ialah penemuan sains. Dan teori tentang vaksin bukan bermula di barat. Baca sejarah dulu.

Banyak kekeliruan tentang memahami hadith habbatus sauda. Rujuk sendiri 'ulama hadith.

Tapi itu bukan isunya. Isu sekarang Rasulullah tidak pernah menterhadkan perubatan kepada perubatan nabawi. Kita diperintahkan mencari penawar dengan dalil naqli dan aqli. Dalil aqli ini termasuklah kajian sains. Sebab kajian sains itu bermaksud mengkaji alam ciptaan Allah, mengkaji sunnatullah, agar kita dapat berikhtiar dengannya.

Nabi sendiri tidak pernah terhadkan perubatan hanya kepada perubatan nabawi. Baginda sendiri ada jumpa doktor ketika sakit. Begitu juga sahabat dan tabi'in. Baginda pernah bersabda "Kalian lebih tahu urusan dunia kalian". Para 'ulama menjelaskan intipati hadith ini menunjukkan dalam urusan dunia dan sains baginda menyeru kita berinovasi dan mengkaji untuk memberi maslahat kepada manusia dan alam.

Usah jumudkan umat Islam dan usah kaitkan Rasulullah dengan sikap menolak teknologi, baik barat atau tidak. Kita sudah jauh ditinggalkan musuh Islam. Kini kita gunakan nama baginda yang mulia sebagai alasan untuk menolak penemuan sains perubatan? Barat atau tidak bukan isunya. Isunya jika kajian sains itu valid dan dibuktikan secara ilmiah, maka itu termasuk ilmu bermanfaat dan kita perlu cuba mengamalkannya.

Apa saja penemuan saintifik, Islam melihatnya sebagai menemui bukti kekuasaan Allah. Dalam Al-Quran kita diseru mengkaji alam dan mengambil manfaat daripadanya, dan dengannya kita merasai kebesaran Allah dan kekerdilan diri kita.

Lihat sendiri kajian jurnal ilmiah dan konsensus komuniti pakar sains, bukan blog-blog atau artikel yang petik kata orang itu dan ini tanpa pengesahan rujukan primer, dengan izin Allah vaksin memang telah terbukti berkesan dan wajar kita berikhtiar dengannya.

Rujuk fatwa JAKIM untuk bezakan mana satu vaksin halal dan haram, itu saja.